Pelakon yang sentiasa dihimpit dengan pelbagai kontroversi liar, Tasha Shila mendakwa setelah pelbagai cacian dan hinaan yang dilaluinya sepanjang bergelar anak seni, beliau kini banyak muhasabah diri dan lebih mengenali erti kehidupan sebenar selepas sudah lama berehat panjang dari industri hiburan buat seketika.
BACA: Tasha Shilla Waspada Pilih Kekasih Hati
“Sepanjang berehat dari dunia hiburan saya banyak belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri. Tidak mahu saya fikir apa yang orang mahu fikir tentang diri ini memandangkan fokus utama kini adalah karier sahaja. Saya hanya mahu berehat, tetapi tidaklah terfikir mahu keluar terus dari industri memandangkan ini adalah impian saya sejak kecil lagi”
“Sebab peminat, saya masih berada di sini. Bagi mereka yang membenci pun saya perlu berterima kasih juga. Tentunya setiap kritikan itu banyak membuatkan saya lebih sedar diri. Soal sama ada saya takut untuk kembali aktif bukan sesuatu yang mahu difikirkan, sebabnya saya yakin untuk memberikan yang terbaik selepas ini, katanya kepada Utusan Online.
Tasha yang hampir setahun mendiamkan diri dari dunia hiburan ekoran kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya ternyata lebih memilih untuk bersikap jujur kepada semua peminatnya tentang siapa dirinya yang sebenar. Tambahnya lagi, sudah sampai masanya untuk beliau memberi lebih fokus kepada dirinya, kerjaya dan keluarga. (rkty/w)
No comments:
Write comments