Lek Lu

Wednesday, 6 April 2016

RUPANYA INI PUNCANYA WANITA INI MENOLAK BONUS SHAKLE RATUSAN RIBU !!


Salam semua yang di sayangi dan di rahmati. Semalam ada yang menyebarkan akaun Shaklee kami masih aktif. Ya masih akftif. tapi kami tahu kami bakal dibuang(diterminate).Kami terima seadanya
Siapa yang tak sedih kerana detik April 2010 adalah tarikh dimana saya nekad memulakan bisnes ini. Ketika itu saya percaya inilah bisnes yg dapat menyelamatkan saya dari ikatan kerja makan gaji, bekerja yg menuntut masa berjam2 sehari sehingga lupa pada keluarga dan diri sendiri.

Awalnya saya tak tahu pun ini adalah MLM. Selama 5 tahun lebih saya curahkan semua yang saya ada, tenaga, masa dan harta ... Tempoh 5 tahun membangunkan Jutawan Shaklee bukan tugas mudah dan senang. Banyak liku dan onak duri terpaksa saya tempuhi.

Saya akui penglibatan dalam Shaklee memberi banyak pendedahan tentang dunia MLM. Prinsip hidup saya memang bersungguh dalam bekerja. Bonus mencapai ratusan ribu ringgit sebulan menyebabkan saya terlena di ulik kesenangan dan limpahan rezeki. Tahun demi tahun saya mula terikut2 dengan kemewahan dunia. Saya korbankan masa sehingga melupakan keluarga hanya semata2 memberi priority utama kepada downline.

Tahun demi tahun bonus naik melonjak dengan terlampau. Tiba-tiba satu masa di awal tahun lepas saya mula rasa tak sedap hati setiap kali menghadiri program Shaklee. Lepas tu datang pula kes Israel.. lagilah sy tak sedap hati. Start dari situ bonus turun sikit demi sedikit dan saya mula jauhkan diri dari program-program shaklee.

Balik dari US, saya start isolatekan diri... bonus mmg dah start drop. Walaupun tiap bulan kami buat macam2, double triple kan zakat namun masih tak jadi apa. Kami terus mencari apa yg kurang..apa yang tidak kena…mcm ada sesuatu yg Allah nak tunjukkan.

Dalam usaha menggandakan zakat untuk mencari ketenangan, maka di awal tahun 2015, saya dan suami berkenalan dengan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Di situ berkumpulnya asnaf dan anak-anak yatim dari seluruh Malaysia. Rumah yang dibina secara gotongroyong menggunakan bahan terbuang ini nampak daif dari segi rupanya, tetapi amat indah dari segi kasih sayang kekeluargaannya.

Kami yang memang mencari wadah untuk mengembangkan ibadah melalui sedekah dan muamalah lalu mengambil kesempatan membantu sekadar yang kami mampu. Berkongsikan semangat mereka, kami merancang bergerak dengan ruang yang lebih besar lagi dalam membangun RPWP terutama bila terdengar rancangan mereka untuk membina kota ilmu di Lenggeng Negeri Sembilan dengan kos puluhan juta ringgit. Mereka ingin mengembangkan ‘Tahfiz Integrasi Akademi Insan Prihatin’ (AIP) yang kini sedang beroperasi di Bangi Sentral.

Selama lebih 10 tahun, mereka ini bergerak sendiri. Kesemua petugas bekerja tanpa gaji dan cuti.

Mereka tidak meminta-minta, baik melalui surat apatahlagi menggunakan anak-anak berkeliaran menadah tangan meminta sedekah.

Kami terpanggil untuk membantu membangunkan produk WERDA, salah satu dari pelbagai usaha asnaf RPWP dalam memartabatkan sistem muamalat mereka tanpa berhutang dan meminta-minta.

Kami tawarkan diri untuk memasarkan WERDA (bukan produk jualan langsung) sebagai wadah mempercepatkan usaha mereka mengumpul dana untuk pembinaan AIP Lenggeng.

Setelah mengkaji dan meneliti perjalanan mereka secara lebih dekat, maka hari ini kami dengan sukarela telah turut mewakafkan Faiz, anak kami sendiri sebagai pelajar di AIP. Kami sendiri menjadi sukarelawan bagi menyumbang tenaga dan minda, rohani dan jasmani kami bersama keluarga besar RPWP.

Dipendekkan cerita, belum pun perniagaan WERDA bermula, belumpun sampai stok yang kami order, hujung September lalu kami menerima surat kata dua dari Shaklee. Mereka kata ada ‘family Shaklee’ yang melapor dan mempertikaikan kewajaran penglibatan kami di sebalik WERDA.

Kami diberi kata dua samada hanya melilih Shaklee atau WERDA (RPWP/AIP). Jika kami pilih WERDA, maka kami akan di gantung oleh Shaklee Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, kami disuruh sign satu surat yg sengaja diolah untuk MENJERAT kami. Kami tak dibenarkan terlibat bukan sahaja dengan WERDA, malah dengan apa2 perniagaan lain pun. Bukan kami sahaja, malah apa-apa syarikat kami, dan keluarga kami juga tidak boleh terlibat dengan WERDA. Semua saluran media sosial milik peribadi kami sendiri juga tidak boleh ‘bercakap’ tentang apa sahaja selain Shaklee.


MasyaAllah, inikah bisnes kerana ALLAH? bisnes dlm Islam sepatutnya bukan mengikat dan mengongkong manusia untuk menjadi HAMBA atau LEMBU. Apabila kami disuruh sign surat itu, kami rasa seolah-olah kami ini lembu... seolah-olah kami ini adalah pekerja Shaklee. Padahal dari awal kami bisnes Shaklee sebagai pengedar bebas…kerana ingin merdeka dan bebas melakukan bisnes sendiri.!!!

Siapapun di tempat saya akan sedih dengan sikap Shaklee Malaysia ini. Usaha kami membangun dan melonjakkan jualan Shaklee sehingga menjangkau kenaikan jualan yang tidak masuk akal, sehingga 800% daripada tahun-tahun sebelumnya tidak di pandang, malah di nafikan. Masa dan usaha kami bersengkang mata, mengorbankan keluarga memotivasikan downline jadi sia-sia. Mereka akan untung banyak kerana bonus kami yang kini berjumlah sekitar RM250,000 setiap bulan dihentikan.

Untuk membantu furqon anda. Saya boleh sahaja patuh dengan arahan Shaklee Malaysia untuk tingalkan WERDA jika bonus tunai sebesar itu saya jadikan ukuran. Tetapi ada pertimbangan yang jauh lebih besar dalam benak fikiran saya.

Ini adalah ujian sangat besar, berupa kata dua dari Allah juga. Mahu pilih kesenangan dunia dengan pendapatan RM250K sebulan? atau mahu mempertahankan maruah agama?

Berbalik kepada rasa ‘tidak sedap hati’ yang saya katakan di awal tadi…saya mula beristighfar.

Memang benar kami dapat bonus tinggi. Tetapi berkatkah pendapatan itu apabila saya; menaikkan jualan untuk satu produk yang terkait dengan Israel? Terus menerus menjerumuskan para wanita ke parti bisnes(luaran nampak bisnes keluarga tapi hakikatnya jauh dari pembinaan keluarga)? Wajarkan saya jual air liur untuk kekayaan saya sendiri sedangkan umat Islam membeli barang yang tinggi harganya? Wajarkah saya gadaikan maruah agama dan diri apabila dihalang membantu usaha jihad ekonomi saudara seagama dan anak yatim yang perlu dibela?

Setelah beristikharah, kami memilih untuk mendaulatkan Islam, menolak kejahatan puak kuffar dan munafik yang kejam, yang mempergula-gulakan umat Islam Malaysia untuk membantu Israel ini.

Kami tidak mahu jadi pengkhianat agama. Kami ingin hidup tenang dengan rezeki yang berkat.

Apalah gunanya pendapatan ratusan ribu ringgit, jika ia datang dari perniagaan yang fasik, jika kekayaan itu hasil dari satu sistem perniagaan yang menindas dan memusuhi agama saya sendiri.

Artikel ini bagi menjawab ribuan pertanyaan yang MUSTAHIL mampu saya jawab satu persatu.

Kami tak paksa anda untuk terpengaruh dengan furqon kami. Tetapi kalian nilaikanlah sendiri…

Apa yang pasti, inilah pilihan dan stand kami.

Kali ini biarlah jalan ini 'memandu' naluri jawapan kepada minda anda semua...saya tidak keberatan untuk kongsikan surat ‘kata dua’ dari Shaklee Malaysia jika ia mampu membantu furqon anda betapa zalimnya mereka. Silalah pm saya melalui Telegram. Buat masa ini belum tergerak lagi untuk mendedahkannya secara umum.

Akhirnya, kepada pihak yg terlibat melaporkan kes saya kepada Shaklee, terima kasih banyak saya ucapkan kerana anda telah membuka mata kami. Sesungguhnya saya rela memilih jalan ini, asalkan pegangan dan agama saya tak dipijak, asalkan maruah anak2 yatim ini tidak diperlekehkan..."..

Nota:Kalau nak penerangan lebih lanjut sila hadir ke office saya..kita borak panjang agar anda semua lebih memahami...

No comments:
Write comments