Lek Lu

Thursday 21 April 2016

Reka Power Bank Pelajar MRSM Harumkan Nama Malaysia

SEPANG 20 APRIL 2016. Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuala Terengganu, Ahmad Asyraf Ariffin, 17 (kiri) dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi, 17 serta guru pengiring, Anuar Ghani (tengah) bergambar bersama pingat yang dimenangi dan produk ciptaan mereka iaitu power bank pada pertandingan Reka Cipta Antarabangsa, Geneva, Switzerland ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Dua pelajar MRSM Kuala Terengganu telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat emas dan anugerah ciptaan terbaik keseluruhan pertandingan reka cipta di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Gevena 206 di Switzerland.

Kedua-dua pelajar tingkatan lima ini; Ahmad Asyraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqman Hakim Ahmad Tarmizi telah mengetepikan 1000 ciptaan lain dengan Power bank: EXIECO PB ciptaan mereka.

Idea untuk menghasil power bank yang dijana melalui air garam ini tercetus dari pengalamannya ketika rumahnya dilanda banjir.

Menurut Aqil, selain boleh menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, power bankini juga mesra alam dan ringan. Power bank ini dibangunkan dengan hanya menggunakan tiga komponen uta ma iaitu arang, aliminium dan air garam yang bertindak menghasilkan kuasa.

“Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan MRSM juga telah menghantar ciptaan kami ini kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan,” katanya

No comments:
Write comments