JAKARTA - Mayat seorang pelancong, Sergey Lykhvar, 37, ditemui terapung di West Papua, dipercayai dibaham buaya ketika menyelam di perairan Indonesia, lapor Metro.co.uk.
Buaya yang membaham mangsa dikesan berenang di belakang mangsa ketika penyelamat menemui mayat lelaki tersebut pada Selasa.
"Kami percaya dia dibaham oleh buaya kerana bahagian badan yang hilang dan melihat tahap kecederaannya," kata ketua penyelamata Prasetyo Budiarto sebagaimana lapor Sinar Online.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak bertangan dan mempunyai kesan gigitan pada paha.
"Kami sedang berhubung dengan Kedutaan Rusia. Keluarga mangsa akan datang untuk mengambil abu di Indonesia, " kata Budiarto. - SUMBER
No comments:
Write comments