Lek Lu

Monday 18 April 2016

Nurul Shazia: Saya Maafkan Aweera

Susulan daripada kes Aweera yang telah dikatakan memukul bekas kekasihnya, Nurul Shazia atau lebih mesra dipanggil Zia daripada kumpulan Ziabella memberitahu dia memaafkan bekas kekasihnya itu dan menganggap tiada jodoh antara mereka walaupun telah bercinta selama 9 tahun.

BACA: Aweera Ditahan Polis Kerana Pukul Kekasih?

“Saya maafkan dia untuk mengulangi semula memang tidak sama sekali. Saya redha mungkin tidak ada jodoh antara kami,” katanya yang ditemui di Karnival Bangkit Suria FM di Kuantan Pahang.

Zia turut mendapat sokongan daripada ibu dan adiknya sendiri untuk terus kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang seterusnya.

“Mak saya sangat memahami dan menyokong apa yang sedang saya lakukan termasuklah dengan karier saya. Lepas apa yang telah terjadi dia (mak) selalu bersama serta mendekati saya supaya saya lebih tenang dan akhirnya Alhamdulillah benda yang lepas saya tidak mahu kenangkan lagi,” ujarnya yang serik bercinta lagi.

Sementara itu, Zia yang bersama kumpulan Ziabella turut mengadakan persembahan di Konsert Bangkit Suria FM yang telah diadakan di Perbadanan Stadium Darul Makmur, Kuantan. (rtky/h)

No comments:
Write comments