Lek Lu

Thursday, 7 April 2016

Nora Danish: Kami Mungkin Kahwin Tahun Ini

Bagi peminat kepada pasangan romantik, Nora Danish dan Nedim Nazri pastinya teruja untuk melihat mereka naik pelamin secepat yang mungkin. Terkini Nora memberitahu bahawa mereka mungkin akan berkahwin pada hujung tahun ini selepas tiga tahun menyulam cinta.

BACA: Nazri Aziz Tidak Kisah Anak Mahu Kahwin Nora Danish

“Nampak gayanya tahun ini juga kami akan berkahwin. Bagaimanapun sejujurnya saya tidak mahu terburu-buru kerana ia juga perkahwinan kedua saya. Saya tidak mahu berkahwin atas dasar cinta semata-mata, tetapi biarlah kerana Allah”

“Walaupun perbincangan ke arah itu pernah dilakukan, namun kami masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk detik bersejarah terbabit. Selain itu, saya juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana, apa yang penting kami sebagai pasangan sah bergelar suami isteri,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan bapa Nedim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tempoh hari, Nora berkata, mereka pernah bertemu beberapa kali namun beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu demi menghormati status bapa Nedim sebagai menteri.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan cinta diantara anak lelakinya dengan Nora Danish. Dalam kenyataan tersebut, beliau seolah-olah memberikan lampu hijau atau restu sekiranya mereka ingin berkahwin. (rkty/w)

11848831_545409435633101_1757426149_n 12728533_565075283656860_1308525649_n 12749869_486591824877682_1851873461_n 6- Nazri Aziz Tidak Kisah Anak Mahu Kahwin Nora Danish - jpeg 7- Nazri Aziz Tidak Kisah Anak Mahu Kahwin Nora Danish - jpeg 4- Nazri Aziz Tidak Kisah Anak Mahu Kahwin Nora Danish - jpeg

No comments:
Write comments