Mengakui kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak henti-henti memalsukan koleksi tudung keluarannya, Neelofa menjelaskan serbuan telah diadakan di Gombak bagi menyekat aktiviti meciplak jenama tudungnya, Naelofar daripada berterusan.
BACA: Suka Lelaki Matang, Neelofa Akui Ada Ego Sendiri
“Ini bukan hanya soal rugi, tetapi soal usaha lelah saya. Semua isu berhubung tindakan menciplak Naelofar Hijab akan dijelaskan ada sidang media,” kata Neeloga kepada Harian Metro.
Melalui laporan tersebut, selain serbuan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sebuah butik pakaian di Gombak, serbuan juga turut dilakukan di Kajang yang dikesan turut menjual tudung ciplak jenamanya itu.
Sebelum ini, Neelofa pernah mengingatkan bahawa pengguna supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan produk tiruan yang menggunakan nama dan gambarnya malah satu pasukan khas daripada Naelofar Hijab juga turut diwujudkan bagi membasmi perkara tersebut. (rtky/s)
No comments:
Write comments