Lek Lu

Saturday, 2 April 2016

Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan

Pelakon Nadiya Nisaa yang bakal melahirkan anak keduanya pada bulan Ogos depan melahirkan rasa bersyukur dan turut mengimpikan cahaya mata perempuan, akan tetapi naluri keibuannya berkata, bakal mendapat anak lelaki lagi.

BACA: Nadiya Nisaa Enggan Komen Dakwaan Suami Bertatu

“InsyaAllah dalam bulan 8 tarikh bersalin dan saya akan berehat buat sementara waktu ini. Setelah 4 tahun jarak antara anak pertama dan sekarang ini bakal melahirkan anak kedua saya bersyukur sekali”

“Cuma saya kalau boleh mahukan anak perempuan pula. Tapi saya rasa macam lelaki,” katanya yang tetap bersyukur setelah menunggu selama 4 tahun akhirnya dia dikurniakan lagi cahaya mata.

Untuk proses kehamilan ini, Nadiya memberitahu dia mengalami keletihan yang lebih teruk berbanding ketika melahirkan anak sulungnya.

“Kali ini rasa lebih teruk sedikit dan penat. Saya pun dah beberapa kali skip check-up sebab tidak sempat kerana sibuk dengan kerja. Dalam masa yang sama juga saya tidak menyediakan keperluan yang terlalu banyak kerana kakak saya pun baru sahaja melahirkan anaknya, jadi saya ambil sahaja barang yang sudah saya lihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadiya Nisaa turut berganding bersama Remy Ishak, Namron serta beberapa lagi pelakon lain dalam menjayakan filem ‘Redha’ yang bakal ditayangkan pada 14 April depan. (rtky/h)

7- Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan - ROTIKAYA 6- Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan - ROTIKAYA 5- Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan - ROTIKAYA 4- Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan - ROTIKAYA 2- Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan - ROTIKAYA 1- Nadiya Nisaa Impi Cahaya Mata Perempuan - ROTIKAYA

No comments:
Write comments