Lek Lu

Friday, 8 April 2016

Mr Os Meninggal Dunia Kerana Kanser Paru Paru

Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru.

Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

BACA: Mr Os Masuk Ke Hospital Akibat Saluran Jantung Tersumbat

“Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja,” jelasnya dipetik daripada mStar Online.

Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa inggat pada Allah dan menutup aurat.

“Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradaik terutamanya berkenaan agama,” ujarnya.

Sedang dikemaskini…

No comments:
Write comments