Artisnya mengukir kalendar Aztec sekitar tahun 1479. Kalendar ini direka dan didedikasikan kepada Tuhan Matahari mereka.
Tonalpohualli.
Ia merupakan sebuah ukiran kalendar yang amat besar dan diukir diatas batu setebal 3 kaki, berdiameter hampir 12 kaki luasnya dan seberat 25 tan! Ia diukir dari basalt (lava yang membeku). Ia kemudiannya hilang berdekad lamanya.
Pada tahun 1790, pusat bandar Mexico City mual diubahsuai. Pada 17 disember tahun itu, ekskavasi pada tengah pusat bandar di Zocalo, membawa kepada penemuan ukiran arca gergasi monolitik - secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mengkaji tamadun purba Mexico.
Arca itu merupakan kalendar tanadun Aztec yang diperbuat dari batu, ditemui semula setelah tertanam hampir 300 tahun lamanya.
Permukaannya dipenuhi ukiran-ukiran simbol pagan. Walaupun ia kelihatan seolah-olah hanya sebuah kalendar dan dekorasi astronomi, ia bukan hanya digunakan untuk pengiraan masa, malah ia juga dipercayai diguna sebagai altar untuk upacara pengorbanan manusia!
Ia lebih dikenali sebagai 'Cuauhxicalli Eagle Bowl' - atau 'Sun Stone' untuk penyembahan kepada Tuhan Tonatuih (Tuhan kaum Aztec - imeh yang terukir pada tengah kalendar batu tersebut).
The Xiuhpohualli
Kalendar pertama kaum Aztec dikenali sebagai Xiuhpohualli, pengiraan tahun. Ia terdiri dari 365 hari setahun, sangat berguna untuk perancangan pertanian dan ramalan cuaca. Ia mengandungi 18 bulan, setiap bulan diwakili 20 hari, 4 atau 5 hari seminggu. Kemudian, untuk mencukupkan bilangan 365 hari setahun, 5 hari malang ditambah. Setiap tahun itu juga dibahagikan kepada empat musim.
Dengan tambahan 12 hari ritual 'New Fire' pada setiap 52 tahun, secara tepat, panjang tempoh setahun dalam kalendar Aztec amat hampir serupa panjangnya dengan tahun solar mengikut perkiraan saintis moden.
The Tonalpohualli
Kedua kalendar ini mempunyai hubungan tidak langsung dengan agama dan kepercayaan mereka. Namun, kalendar kedua yang dikenali sebagai Tonalpohualli dianggap sebagai kalendar suci atau keramat. Hari ritual dibahagikan mengikut tuhan atau dewa sembahan mereka. Kesemua hari-hari ritual itu disusun adil dan sama-rata supaya setiap tahun tuhan atau dewa itu seimbang.
Pada kalendar Tonalpohualli, terdapat 20 simbol dan 13 nombor. Ia disusun berlapis-lapis umpama roda. 20 simbol itu akan dilalui setiap satu dari 13 nombor yang ada. Ini bermakna, setiap 20 simbol itu akan berpusing secara bergilir selama 13 kali bersamaan dengan 260 hari setahun dalam kalendar suci ini (13x20=260).
Tempoh 13 nombor itu sebenarnya mewakili tempoh masa seminggu dalam kalendar Aztec. Bukan sahaja setiap dari harinya diperintah oleh dewa/tuhan, setiap minggu juga diperintah oleh dewa/tuhan yang telah ditetapkan - iaitu dewa/tuhan yang memerintah hari pertama pada setiap minggu.
Setiap tahun baru pada dua kalendar ini akan bertembung disetiap hari yang ke 18,980 atau setiap 52 tahun. Pada hari pertembungan ini juga dipercayai akan berlakunya malapetaka buruk. Untuk hari pertembungan ini, Pendeta Aztec akan menjalankan ritual istimewa kepada 'cahaya api baru dari dada berdarah mangsa korban' untuk memastikan supaya matahari tidak akan 'mati' dan mengelakkan malapetaka berlaku.
Kalendar Aztec ini dipercayai mengambil masa selama 52 tahun untuk diukir semula pada 1427 hingga 1479. Ini berikutan kedua-dua kalendar ini digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan atau lebih mudah difahami, ia diguna sebagai rujukan untuk upacara pengorbanan yang akan dilakukan seterusnya.
Tempoh masa yang lama diambil untuk mengukir adalah disebabkan kerana ia hanya akan diukir sejurus selepas pengorbanan dilakukan. Imej yang mewakili hari pengorbanan itu akan diukir pada kalendar dan ia turut ditanda pada batu aftar tempat pengorbanan dilakukan.
Menurut kiraan kedua kalendar ini, pertembungannya yang terakhir untuk melengkapkan putaran 52 tahun berakhir adalah pada tahun 2012 dan sesetengah orang percaya ia akan menandakan kiamat!
Dan ternyata ramalan kalendar Aztec tidak tepat!
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/04/misteri-kalendar-suku-kaum-aztec.html#ixzz452FLgkYA
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
No comments:
Write comments