Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu, Marsha Milan Londoh mendedahkan bahawa kini suaminya, Mohamed Shaiful Nizam adalah individu yang mengawal aktiviti media sosial beliau bagi bertujuan menjaga sensitiviti semua pihak.
BACA: Gambar Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan, Suami
“Kadang kala saya tidak sedar tingkah laku dan gurauan saya berlebihan hingga melanggar sensitiviti mana-mana pihak. Oleh itu, suami saya bersikap protective dan menjadi orang pertama yang mengkritik sekiranya gambar itu kurang sesuai”
“Nasihat dan kritikan yang diberikan suami, saya ambil sebagai panduan demi perkembangan kerjaya. Dia juga menyarankan kepada saya untuk mengubah cara mengacara dengan mengurangkan sikap kebudak-budakan bersesuaian dengan kematangan usia,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Marsha sama sekali menafikan dakwaan yang mengatakan beliau obses terhadap suaminya sehingga kerap memuat naik gambar bersama di media sosial. Menurutnya, beliau memilih untuk berkongsi kehidupan mereka hanya selepas sah bergelar suami isteri. (rkty/w)
No comments:
Write comments