Lek Lu

Wednesday 20 April 2016

Luahan ibu murid tahun satu, nuri nadirah lepas selamat dikebumikan

Nuri Nadirah merupakan seorang kanak-kanak yang manja dan cerdik serta sering menghiburkan ahli keluarga lain. – Ahli keluarga mangsa
p/s : mari kita sama-sama sedekahkan surah al-fatihah kepada arwah Nuri Nadirah.. Amin

1
Luahan Ibu Murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Lepas Selamat Dikebumikan| Jenazah murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, Kota Bharu, Nuri Nadirah Ruslan yang meninggal dunia gara-gara terkena patukan ular di perkarangan sekolah telah selamat dikebumikan pagi tadi.
Pengebumian murid Tahun Satu itu di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff pada jam 9.45 pagi tadi telah dihadiri sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.
Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad menyatakan dia redha dengan pemergian anaknya itu namun kesal dengan penyebaran berita palsu yang menyatakan anaknya hidup semula sejak malam tadi.
Hari ini, Alhamdulillah segala urusan pengebumian berjalan lancar. Tolong hentikan segala penyebaran berita tidak berasas itu kerana ia bukan saja mengaibkan kami sekeluarga, malah hidup kami tidak tenang, katanya.
2-10-768x458.jpg
2


No comments:
Write comments