Lek Lu

Thursday, 7 April 2016

"NASI LEMAK AIRASIA ADA CICAK? HABISLAH PAK NASSER...."


KUCHING - Seorang penumpang Air Asia membuat laporan polis setelah nasi lemak yang dibelinya dicemari seekor cicak.

Abbas Waseem, 27, warganegara Pakistan mendakwa, nasi lemak Pak Nasser yang dibeli dengan harga belasan ringgit itu ketika dalam penerbangan AirAsia AK5232 dari Kuala Lumpur ke Kuching itu dicemari seekor cicak.

"Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Setelah itu saya memaklumkan perkara itu kepada pramugara dan dia meminta kembali makanan tersebut untuk ditukarkan dengan yang lain. Tetapi saya tidak mahu berikan kepadanya.


"Setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, saya terus pergi ke balai untuk membuat laporan bagi tujuan keselamatan diri saya. Saya takut apa-apa yang akan terjadi di kemudian hari," katanya dalam laporan tersebut.

Abbas juga melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Lubok Antu dan disahkan keracunan makanan. - SUMBER

No comments:
Write comments