Lek Lu

Tuesday, 5 April 2016

Khasiat Air Rendaman Buah Kurma Yang Ramai Tidak Tahu

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga!

Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi.

1

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:

  1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
  2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
  3. Pemberi zat besi yang sangat bagus
  4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah.

2

Khasiat air nabeez

Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan.

Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan dan menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Cara membuat air nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup.

Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

  1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
  2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut.
  3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Pantang larang dalam membuat air nabeez

Hanya gunakan salah satu daripada buah-buahanan pada satu-satu masa. Tidak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnya kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari.

 

The post Khasiat Air Rendaman Buah Kurma Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments