Lek Lu

Friday, 22 April 2016

Kesan Dari Dicakar Dan Digigit Kucing

Hati-hati bila berhadapan dengan kucing yang tengah ‘mengamuk’ kerana gigitan manja dengan gigitan mempertahankan diri adalah sangat berbeza.

Lihat saja gambar di bawah ini, dari gigitan kecil kini luka tersebut menjadi satu lubang yang besar akibat dari jangkitan Sporotrichosis. Jangkitan Chronic fungal ini akan menyerang kulit anda sehingga ia berlubang.

3-2

Fungal ini berbahaya kerana ia sukar dikesan. Ia akan membuatkan badan anda berasa sangat sakit dan luka bernanah selain dari boleh menyerang di bahagian anggota badan yang lain. Anda akan diberikan ubat sporonox selama lebih 5 bulan dan penyakit ini berlanjutan lebih setahun. 

Kalau kena cakar pun bahaya juga, kerana Cat Scratch Disease dari bakteria jenis Barttonella Hendelae boleh menyebabkan jangkitan. Cukup dengan luka akibat digigit kucing, boleh membawa maut.

Tapi jangan risau, kes seperti ini jarang-jarang berlaku. Cuma pastikan kebersihan dan kesihatan kucing anda ini dijaga. Sekiranya insiden seumpama ini berlaku, cepat-cepat ke klinik atau hospital berhampiran. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak jumpa doktor.

No comments:
Write comments