Lek Lu

Wednesday, 6 April 2016

“Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu”

Pelakon serta pemilik sebuah jenama tudung terkenal, Neelofa mendakwa, tudung tiruan yang berlegar di pasaran tidak menjejaskan perniagaannya, Naelofar Hijab. Tetapi sebaliknya ia lebih terkesan kepada pengguna yang memperoleh barang tidak berkualiti dengan harga yang mahal.

BACA: Neelofa Kecewa Ramai Palsukan Tudung Jenamanya

“Tiada istilah kerugian sebab setakat setahun lebih beroperasi permintaan pengeluaran meningkat dari masa ke semasa, termasuklah raya tahun ini pun pengeluaran kami berbeza daripada tahun lepas. Mereka yang terkesan, lebih kepada pengguna dan mereka yang menjual. Apa yang kami kesal, pengguna tertipu dengan harga mahal”

“Harga yang kami tetapkan memang berpatutan tidak melebihi RM100. Mereka menjual barangan tiruan ini kebanyakannya meletakkan harga yang sama atau lebih kurang sama. Mungkin beza tidak kurang RM10. Di sini mangsanya pengguna sebab permintaaan dan pengeluaran kami tidak pernah putus,” katanya kepada Projek MM0.

Jelasnya lagi, kewujudan produk tiruan ini juga boleh mengelirukan pengguna yang baru sahaja mengenali dan membeli jenama itu. Namun bagi pengguna yang berpengalaman pula, perbezaan ketara dari sudut kualiti boleh dilihat jika membandingkan tudung asli keluarannya dengan produk tiruan yang dijual dipasaran.

Sebelum itu, satu serbuan telah diadakan oleh pihak polis di Gombak dan Kajang pada 28 Mac lalu dan telah berjaya merampas sebanyak 79 unit tudung palsu jenama Naelofar Hijab. Hasil serbuan mendapati kira-kira lebih RM7,000 nilai rampasan dibuat daripada serbuan pertama itu. (rkty/w)

1- “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu” - jpeg 2- “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu” - jpeg 3- “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu” - jpeg 4- “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu” - jpeg 5- “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu” - jpeg 6- “Kami Tidak Rugi, Cuma Kesal Pengguna Tertipu” - jpeg

No comments:
Write comments