Pelakon terkenal, Hanez Suraya berang apabila mendapati ada pihak menggunakan namanya di akaun Facebook palsu untuk menjalankan aktiviti menjual lesen terbang. Berikutan itu, beliau menerima puluhan e-mel daripada pihak yang terpedaya dengan sindiket haram itu.
BACA: Hanez Suraya Lupakan Lakonan Demi Keluarga
“Akaun palsu itu sudah lama wujud kira-kira dua tahun lalu. Selalunya dia gunakan akaun itu untuk komen di laman-lama web artis untuk memburukkan sesuatu.Namun, sekarang sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar lagi dengan mereka yang menggunakan nama saya untuk tujuan jenayah seperti itu,” katanya kepada m Star Online.
Jelasnya lagi, setelah dapat mengesan akaun terbabit, beliau telah meninggal mesej kepada individu berkenaan untuk tidak mengaitkannya lagi didalam perkhidmatan itu. Malah Hanez juga memberitahu bahawa beliau juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat untuk melindungi dirinya daripada didakwa atas aktiviti haram itu.
Menjual lesen terbang adalah merupakan satu aktiviti haram dan salah di sisi undang-undang, dimana perkhidmatan ini menawarkan lesen memandu tanpa melalui proses sebenar dengan pihak Jabatan Pengangkutan Awam. Malah dikatakan perkhidmatan ini juga mendapat permintaan daripada mereka yang tidak layak, iaitu pernah gagal ujian memandu. (rkty/W)
No comments:
Write comments