Lek Lu

Thursday 21 April 2016

Hafiz hamidun tahu redza minhat sindir bukunya


PENYANYI Hafiz Hamidun mengakui dia menyedari status yang dimuat naik pelakon Redza Minhat baru-baru ini yang seolah-olah memerli seseorang menerbitkan buku dengan gambar penuh selfie beserta kata-kata hikmah itu sebenarnya ditujukan buatnya.
BACA:Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun Terbit Buku Penuh Selfie?
Bagaimanapun,Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun, 32, memilih mengambil sikap terbuka dalam menerima kritikan semua pihak termasuk golongan artis terhadap bukunya, Cerita Hati.
Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti.
Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu.
Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah, katanya kepada BH Online.
Tambahnya, dia tidak mahu isu itu berpanjang kerana dia dan pelakon kacak itu tiada sebarang masalah sebelum ini.
Dalam pada itu, Redza yang dihubungi memberitahu, status berkenaan sekadar pandangan biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak.
Sebelum inipelakon filem Pisau Cukur itu memuat naik status berbunyi,Tempek selfie dengan caption pun boleh cetak jadi buku ke? Seronoknya. But then again, satu page satu perkataan pun boleh jadi puisi. So why not? Apa boleh jual, .
Status itu sekali gus membuatkan orang ramai meneka ianya ditujukan kepadaHafiz Hamidun yang juga dikhabarkan baharu sahaja melancarkan buku berjudul Cerita Hati Hafiz Hamidun yang mengandungi pelbagai koleksi gambarnya selain kata-kata motivasi buat penggemar setianya. MYNEWSHUB.CC

No comments:
Write comments