Lek Lu

Tuesday 19 April 2016

GoPro Omni Menghasilkan Video 360 Darjah

omni

Kalau anda jenis yang suka sukan-sukan extreme, memiliki GoPro pastinya satu keperluan. Bukan apa, dengan adanya GoPro ni senanglah anda nak bergambar dan mengambil gambar.

Sebagai contoh bila buat aktiviti skydive, mestilah kita nak guna GoPro bukan kamera DSLR.  Bila nak beberapa angle pula terpaksalah pasang beberapa ketul Gopro kat bahagian kepala, kaki dan dada untuk mendapatkan angle yang berlainan.

Lepas ni tak payah nak busy-busy pasang sampai 3-4 GoPro kat badan dah, sebabnya mereka akan melancarkan kamera baru dipanggil GoPro Omni. Menurut laporan Mashable, GoPro ini akan menampilkan enam kamera Hero4 dalam braket khas berbentuk kiub.

Kamera ini akan merakam secara serentak dan menghasilkan video 360 darjah.

GoPro Omni dijual dengan harga $4999 (RM19,613.30) dengan braket khas itu berharga $1,500 (RM5,885.17).

No comments:
Write comments