Baru-baru ini Faye Kusairi telah menafikan penglibatan beliau didalam konflik penceraian pelakon, Elly Mazlein dan bekas suamiyang hangat diperkatakan di media sosial. Terbaru, Elly tampil menjelaskan bahawa beliau bersedia ke mahkamah demi menyelesaikan konflik yang tercetus.
BACA: Faye Kusairi Minta Elly Mazlein Tarik Balik Tuduhan
“Saya tidak mahu komen apa-apa, sekiranya dijemput, saya akan pergi saja ke mahkamah,” katanya kepada m Star Online ketika diminta mengulas tindakan Faye Kusairy yang meminta Elly Mazlein untuk menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepadanya.
Sementara itu, apabila ditanya tentang permintaan aktres baru itu yang menginginkan Elly membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya ekoran terkesan dengan perkara yang tercetus, Elly masih enggan memberikan sebarang komen berhubung dengan perkara itu.
Pada masa yang sama, ketika cuba menghubungi Faye Kusairi untuk mendapatkan komen balas mengenai krisis yang melanda mereka, Faye nampaknya enggan memberikan sebarang komen atas nasihat peguamnya oleh kerana tempoh dua bulan sudah diberikan. (rkty/w)
No comments:
Write comments