Lek Lu

Monday 18 April 2016

"INGATKAN DAH BERUBAH, RUPANYA PERANGAI PEMANDU TEKSI MASIH SAMA..."


Sejak kebelakangan ini, saya selalu menggunakan perkhidmatan Uber kerana kereta saya masih berada di bengkel. Semalam saya dari Kuala Lumpur dan bas turunkan saya di Skudai Parade. Saya ternampak beberapa teksi yang sedang menunggu penumpang.

Saya mendekati mereka dan bertanya, berapa caj tambang dari Skudai Parade ke rumah saya dengan harapan golongan pemandu teksi ini sudah berubah dan menambahbai perkhidmatan mereka.

Mereka jawab, sekitar RM15 - RM20. Jadi, saya pun bertanya lagi, "Pakai meter, tak boleh ke bang?"

Soalan saya itu membuatkan mereka kelihatan kurang senang. Lalu mereka memberikan alasan yang mereka terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk kembali semula ke Skudai Parade.

Mendengar alasan itu, saya terus beredar dan mencari perkhidmatan Uber. Teka berapa caj yang dikenakan pada saya? Kurang dari RM5!!

Saya jangkakan pemandu teksi sudah berubah, malangnya masih sama, menggenakan caj tambang yang melampau, memilih penumpang dan enggan menggunakan meter.

Tidak hairanlah pemandu Teksi Malaysia tersenarai antara pemandu teksi yang paling teruk di dunia.

Tolonglah buat penambahbaikan dalam perkhidmatan dan imej teksi. Berhenti berkata, "Cari teksi lain, dekat sangat," atau "Tak boleh, jalan jem,". Bercakaplah dengan nada yang baik dan sopan serta meter di dashboard teksi itu bukan sekadar perhiasan.

Saya tahu, adalah tidak adil untuk melabelkan kesemua pemandu teksi seperti itu. Bukan semua pemandu teksi itu teruk, saya benar-benar kasihan pada pemandu teksi yang jujur dan cuba mencari rezeki yang halal untuk sara kehidupan. - Hakim Ishraf

No comments:
Write comments