Lek Lu

Monday 18 April 2016

Che Ta Gayakan Jeans Koyak Dikecam Lagi

Sebelum ini Rozita Che Wan mungkin dikritik kerana memakaikan anaknya baju bergambar anjing, kini beliau sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai dengan memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya yang menunjukan beliau memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut.

BACA: Che Ta Nafi Diri Hamil & Tidak Rancang Tambah Anak

Screen Shot 2016-04-18 at 9.16.32 PM

Tindakan itu sekaligus membuatkan ruangan komen dibanjiri ratusan komen mengecam gaya pemakaian pelakon itu yang dilihat sangatlah tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah bertudung. Malah ada juga yang berpendapat, jika beliau memakai legging sekali pun tidak perlu memakai warna yang seakan warna kulit.

Rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan Che Ta yang hanya menutup bahagian atas badannya sahaja tetapi tidak pada bahagian kakinya yang terdedah hingga menampakkan warna kulit. Tidak kurang juga sebahagian daripada peminatnya cuba befikiran positif dengan menyangka ianya hanyalah stokin sehingga wujud pergaduhan sesama mereka.

Buat masa ini, Che Ta masih tidak memadam gambar tersebut dan dibiarkan sahaja di akaun Instagramnya. Tetapi apa pun, diharap Che Ta mempunyai penjelasan disebalik gambar yang penuh kontorversi ini. Sama-sama kita menunggu komen Che Ta selepas ini. (rkty/w)

2- Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi - jpeg 3- Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi - jpeg 4- Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi - jpeg 5- Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi - jpeg 6- Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi - jpeg 7- Che Ta Gayakan Jeans Koyak, Dikecam Lagi - jpeg

No comments:
Write comments