Lek Lu

Sunday, 17 April 2016

'Tok Arab Gila' Dah Mengaku, Tun M Waras Bila Nak Minta Maaf?

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini sekali lagi mengesahkan derma RM2.6 bilion (US$691 juta) diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa meminta sebarang balasan.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir sekaligus menyangkal tuduhan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib sebelum ini dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun persoalan kini, setelah perkara tersebut dijelaskan oleh kerajaan Arab Saudi serta laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan Najib tidak mengambil wang 1MDB, tiada permohonan maaf dari pihak yang menuduh Perdana Menteri selama ini, terutama dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam ucapannya sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2015 berkata tidak mempercayai dana Rm2.6 bilion kepada Najib dari Timur Tengah sambil mendakwa "Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tak bagi," merujuk kepada derma tersebut.

“Minta derma dari negara Arab? Masa saya minta tak pernah dapat..kosong.. dia (orang Arab) angkat kitab bagi sikit adalah itu,” kata Mahathir di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 8 Disember tahun lepas.

Dr Mahathir juga mengulangi tuduhan sama pada Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam bulan lepas dengan menuduh Najib mencuri dana 1MDB untuk memberi rasuah kepada pelbagai pihak serta untuk mengamalkan gaya hidup mewah.

"Shahrir dan Ahmad Maslan dapat seorang RM1 juta, RM2 juta, yang lain takkan tak dapat. Dia bagi dekat orang itu, orang ini, dia pun nak juga.

"Saya dapati kelakuan dia tak seperti Perdana Menteri. Dia selalu guna wang untuk sogok rakyat. Nak popular bagi dedak (rasuah). Dedak ni makanan binatang, sebab tu perangai macam binatang,"

"La (sekarang) ni, semua perut buncit sebab banyak makan dedak," kata Dr Mahathir.

Adel al-Jubeir ketika ditanya wartawan di Sidang Kemuncak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) ke-13 minggu lepas berkata kes tersebut kini sudah ditutup dan tiada kesalahan dalam pemberi dan penerima derma tersebut.

"Kami juga maklum Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Apandi Ali) telah meneliti secara terperinci perkara tersebut dan mendapati tidak ada sebarang salah laku," katanya.

Kenyataan Adel selari dengan pendedahan oleh media antarabangsa BBC sebelum ini serta bukti bersurat dari kerajaan Arab Saudi memberikan derma kepada Najib sebagai inisiatif menegakkan agama Islam.

Media Wall Street Journal juga mengakui derma tersebut dari negara Timur Tengah setelah hampir setahun menuduh Najib mencuri RM2.6 bilion dari 1MDB yang kemudiannya menjadi madah politik kumpulan anti-Najib dalam proses menyingkirkan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam pada itu menegaskan bahawa Najib sentiasa konsisten dalam memberikan respon terhadap isu derma tersebut sungguhpun dipalit pelbagai tuduhan dan tomahan yang berubah-ubah dari.

"Sejak awal Perdana Menteri berkata dana tersebut didermakan oleh kerajaan Saudi dan beliau sangat konsisten (dengan respon beliau," kata Salleh.

- mD

No comments:
Write comments