Info Ngeri. Gambar mengerikan seorang wanita tertusuk besi pagar di punggung kini berlegar di media sosial.
Wanita tersebut didakwa seorang pembantu rumah yang cuba lari daripada majikan dengan memanjat pintu pagar besi di sebuah rumah di Ulu Klang, Selangor.
Namun cubaan wanita tersebut dikatakan tidak berjaya apabila bilah besi pagar tercucuk di punggung membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun setakat ini, kesahihan penyebaran cerita di sebalik gambar di atas masih belum dapat disahkan. [Sumber]
Henti hantar ke negara seksa rakyat Indonesia
Sementara itu, Calon naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla menegaskan jika terpilih memegang jawatan kedua tertinggi negara itu, beliau tidak akan membenarkan tenaga kerja Indonesia (TKI) dihantar bekerja di negara yang memperlakukan sesuka hati terhadap mereka.
Jusuf yang berpasangan dengan calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 9 Julai depan, berkata beliau sedia maklum banyak negara yang menafikan hak TKI termasuk menyiksa dan memberi gaji rendah.
"Kita harus menghentikan penghantaran (TKI) ke negara-negara yang menyiksa mereka," katanya semasa menemui bakal TKI di Malang, Jawa Timur pada Selasa.
Beliau yang juga bekas naib presiden Indonesia, berkata kerajaan sangat menghargai penat lelah TKI dalam mencari rezeki di negara lain.
Justeru, Jusuf memberi jaminan jika beliau dan Jokowi terpilih pada pemilu akan datang, beliau berjanji akan meningkatkan ekonomi negara, antaranya dengan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur dan memberi insentif kepada industri.
Perkara tersebut, beliau berkata akan dapat meningkatkan peluang pekerjaan sekali gus rakyat tidak perlu bekerja di luar negara untuk menambah sumber pendapatan mereka.
"Apabila itu semua seimbang, pasti kita tidak ingin mengirim tenaga kerja ke luar. Kita tidak ingin suami isteri terpisah jauh kerana bekerja. (Kalau pun perlu bekerja) harus dengan persiapan yang baik," katanya.
Jusuf berkata jika perlu bekerja di luar negara, rakyat Indonesia tidak hanya menjadi pembantu rumah sebaliknya mereka yang dihantar itu adalah tenaga kerja mahir yang memiliki daya saing tinggi.
"Kalau ke luar negeri juga harus belajar. Kenapa Taiwan maju, kenapa Hong Kong maju, Korea maju, bagaimana penelitiannya, kejujurannya...itu menjadi modal besar," katanya. -Bernama
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/06/ngeri-amah-tercucuk-besi-pagar-tembus.html#ixzz44xihdaT5
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
No comments:
Write comments