Lek Lu

Friday, 22 April 2016

ADIK EIRA SYAZIRA TAMPIL JELAS ISU KASUT CIPLAK

Syaf

Terdahulu pernah hangat dengar cerita pasangan Eira Syazira dan suami Azad Jasmin kononnya telah 'melesapkan' sejumlah wang milik pelabur syarikat jualan langsung (MLM), Rania Marketing. Terkini timbul pula isu kononnya telah menipu pelanggan dengan menjual kasut ciplak.

Sehubungan itu MH Online cuba menghubungi pelakon Eira Syazira namun tidak berjaya dihubungi namun berjaya mendapatkan penjelasan daripada adiknya yang juga seorang pelakon, Syafnida.
 

"Mengenai jual kasut ciplak itu langsung tidak pernah wujud, apa yang saya tahu kasut yang dijual Eira adalah asli tulen cuma dapat dari kilang.

"Mungkin di sini ada salah faham dari segi pertukaran barang dan Eira sendiri sudahpun kembalikan barang tersebut dan bayar balik kepada pelanggan berkenaan.

"Walau bagaimanapun, perkara itu tidak tidak terbitkan malah hanya perkara negatif sahaja di highlightkan. Bagi saya, mana-mana perniagaan tidak semua perfect mesti ada kekurangan, mungkin pada pelanggan atau 'reseller' itu sendiri. Cuma Eira ini artis jadi perkara nampak lagi besar dan jadi rumit," jelas Syafnida ketika dihubungi semalam.

Menyentuh perkembangan terbarunya, Syafnida masih terlibat dengan penggambaran drama bersiri 43 episod berjudul Akadku Yang Terakhir yang bersiaran di Astro Prima. Selain itu juga, dia baru sahaja habis penggambaran telemovie raya untuk saluran RTM yang berjudul Roti Canai Kuah Rendang.
 


No comments:
Write comments