Baru letak kejap makanan, tengok sajian sudah dihurung semut. Tambah pula kalau menu yang manis-manis. Ini memang boleh ganggu emosi, nak buang makanan itu haruslah rasa serba salah. Jadi macam mana nak atasi masalah ini?


Tak perlu jadikan semut itu musuh sebab anda boleh halau semut dengan beberapa bahan dapur seperti ini..


1. Kayu Manis
Bau menyengat kayu manis tak disukai semut. Jika ingin semut pergi jauh dari bekas gula, masukkan saja satu batang kayu manis di dalam gula dan biarkan. Anda juga boleh halau semut dengan taburan kayu manis. Cukup taburkan di meja dan ratakan di bahagian yang selalu dihurung semut.


2. Cabai
Ambil beberapa cabai dan masukkan dalam bekas gula. Cara yang efektif mengusir semut jika anda menggunakan serbuk cabai.


3. Cuka
Campur cuka dan air dengan perbandingan 50:50 dan letak di bahagian yang sering dihurung semut atau tabur sekeliling makanan untuk elak dihurung semut.


4. Oatmeal
Oatmeal mungkin tidak berbau tajam seperti kayu manis, cuka atau cabai, tapi ternyata boleh menyingkirkan semut dan mencegah hurung pada makanan. Namun bahan ini cukup sayang jika dijadikan bahan pengusir semut kerana harganya sedikit mahal.


Inilah beberapa bahan dapur alami yang mampu usir semut datang. Tak perlu menggunakan pembasmi serangga, kerana bahan kimia yang ada agak berbahaya dan jika salah sembur, jadi racun dalam makanan. Pilihlah, mana yang mudah dan terbaik untuk kehidupan harian anda!