Semenjak diet Atkins diperkenalkan secara meluas di seluruh dunia, kebanyakan mereka yang memiliki tubuh badan yang ideal telah lama menjauhkan diri dari mengambil karbohidrat.
Terlalu banyak program diet yang diperkenalkan kepada orang ramai telah mengamalkan penolakan terhadap pengambilan karbohidrat kerana ia dianggap berpotensi merosakkan diet seseorang.
Ada yang menjadikan ia sebagai amalan sehingga ramai yang mengelak pengambilan karbohidrat untuk mendapatkan tubuh yang langsing.
Berikut adalah beberapa hujah yang kini membidas prinsip penolakan terhadap karbohidrat
1. Kini kajian terbaru menggalakkan mereka untuk mengambil semula karbohidrat terutamanya pada waktu makan malam. Lebih baik lagi jika diambil ketika makan lewat malam.
2. Kajian yang ditemui dari Jerusalem telah mendapati jika kita mengambil karbohidrat secara bersistem kita boleh mengurangkan berat badan dengan lebih cepat secara berkesan.
3. Oleh itu jika diet harian anda menyebabkan anda berasa lapar pada tengahari, cuba untuk mengubah diet anda. Mengambil karbohidrat yang mencukupi ketika makan malam dapat membantu anda untuk berasa kenyang pada siang hari.
4. Ia juga dapat membantu anda untuk mengelakkan dari mengalami masalah obesiti, serangan janting dan juga diabetes.
5. Selain itu, proses ini lebih seperti kita menjadualkan semula pengambilan diet kita dan bukannya membuang terus karbohidrat tersebut daripada menu kita. Kajian menunjukkan pengambilan karbohidrat secara bersistem pada hidangan malam boleh menimbulkan rasa kenyang dan risiko sakit perut akan dapat dikurangkan.
6. Pengambilan karbohidrat secara sistematik selepas matahari terbenam dapat membantu otot anda untuk menyerap lebih nutrisi ke dalam aliran darah.
7. Kajian juga telah menunjukkan mereka yang mengambil karbohidrat secara berpatutan pada malam hari berjaya dalam mengurangkan berat badan dan lemak serta menunjukkan prestasi yang baik dalam penurunan kadar kolesterol dan darah.
8. Selain itu anda perlulah peka dan mengambil berat tentang apa yang berkesan untuk diet diri anda.
Kepada sesiapa yang merasakan mengambil roti bakar sebagai sarapan adalah suatu perkara yang sukar untuk mereka lakukan, kali ini anda tidak perlu risau kerana selepas membaca artikel ini anda akan berasa lebih lega dalam pengambilan karbohidrat di dalam diet harian anda.
The post Mengapa Anda Hanya Patut Mengambil Karbohidrat Ketika Makan Malam? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments