Lek Lu

Monday, 22 August 2016

5 Sebab Yang Selalu Membuatkan Anda Makan Dengan Berlebihan

Cuba kita lihat apakah sebab yang paling ketara mengapa kita begitu cenderung untuk makan dengan berlebihan – kerana makanan sememangnya lazat untuk dinikmati.

Hakikatnya semua orang gemar untuk menikmati makanan, namun kebanyakan daripada mereka turut mengalami masalah sukar utuk berhenti makan dan menyebabkan mereka makan berlebihan.

Mengawasi sebab-sebab mengapa anda cenderung untuk makan berlebihan boleh sedikit sebanyak membantu anda untuk mengenalpasti tingkah laku yang menghalang anda daripada mencapai hasil yang anda inginkan.

Berikut adalah beberapa sebab yang menyebabkan kita makan dengan berlebihan.

makan sebagai ganjaran

1. Menggunakan Makanan Sebagai Ganjaran Dengan Kerap

Makanan adalah lebih daripada sekadar kalori. Ia juga boleh menjadi budaya dan pengalaman dan juga sebagai satu bentuk ganjaran yang berkesan.

Ia memang bagus tapi kita akan lebih cenderung untuk memberikan diri kita ganjaran berbentuk makanan pada setiap hari berbanding hari yang istimewa.

hentam

2. Kesan Perasaan “Hentam Sajalah”

Tentu anda akan terbiasa dengan perkara seperti ini. Anda sedang menikmati pizza sebagai contoh dan kini anda sedang makan potongan yang ketiga. Anda teragak-agak untuk mengambil potongan yang seterusnya tapi hati kecil anda berkata “Biarlah!”.

Tidak kisah berapa banyak anda makan sebenarnya pada masa tertentu tapi anda boleh cuba mengurangkan sedikit hidangan yang anda ambil pada waktu makan yang berikutnya, ia lebih berkesan.

tegas dengan diet

3. Anda Terlalu Tegas Dengan Diri Anda

Jangan berasa terlalu rendah diri kerana sikap tersebut tidak baik dalam menjadikan program diet anda suatu kejayaan.

Jika anda telah pun makan terlalu banyak sesuatu makanan yang anda sendiri tidak ingin makan, jangan terlalu menghukum diri anda. Sebaliknya berazam untuk melakukan dengan lebih baik pada lain kali.

makan luar

4. Anda Terlalu Kerap Makan Di Luar

Kurang kawalan terhadap sukatan makanan yang tepat ketika anda makan di luar juga boleh menyumbang kepada kecenderungan untuk anda makan secara berlebihan.

Anda boleh memeriksa kandungan nutrisi makanan yang dihidangkan di restoran yang ingin anda kunjungi itu secara dalam talian dan pastikan adakah ia bersesuaian dengan diet yang sedang anda amalkan ketika ini.

makan terganggu

5. Anda Terganggu

Berapa kerap anda makan tanpa disertai dengan aktiviti menonton televisyen, melayari Facebook ataupun sambil bekerja atas meja tulis anda?

Terlalu banyak kerja pada suatu masa ketika anda sedang makan boleh mengurangkan kebolehan anda untuk mengesan berapa banyak makanan yang telah anda ambil pada waktu yang tertentu.

The post 5 Sebab Yang Selalu Membuatkan Anda Makan Dengan Berlebihan appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments