Gruner See atau “Green Lake” adalah sebuah tasik di Styria Austria yang terletak berhampiran dengan bandar Tragoss, betul-betul di kaki gunung Hochschwab.
Apa yang uniknya tentang tasik ini ialah ketika musim sejuk, kawasan ini akan kering sepenuhnya dan ia dijadikan sebagai sebuah taman daerah.
Tetapi apabila suhu mula meningkat ketika musim bunga, ais dan salji di atas gunung mula mencair dan memenuhi kawasan rendah. Paras air meningkat dari satu ke dua meter di musim sejuk dan sebanyak 10 meter pada musim bunga atau awal musim panas.
Tempat unik ini turut menjadi tumpuan penyelam untuk meneroka fenomena yang jarang-jarang berlaku.
Sumber: huffingtonpost
No comments:
Write comments