Kopi boleh hadir dengan pelbagai perkara. Ada beberapa kebaikan yang berkaitan dengan kopi – seperti meningkat fungsi ingatan dan yang paling ketara anda akan lebih peka kepada keadaan sekeliling.
Namun ada juga sesetengah mereka yang mendakwa meninggalkan tabiat meminum kopi menyebabkan kehidupan mereka sedikit berubah.
Untuk itu, jom kita lihat beberapa perkara berikut yang mungkin terjadi setelah anda meninggalkan tabiat pengambilan sumber berkafein.
1. Membuatkan Anda Berasa Sangat Teruk
Pada peringkat permulaan apabila anda mula menghentikan pengambilan kafein, anda akan mengalami perasaan yang gelisah dan ia menjadikan anda berasa teruk.
Anda juga digalakkan untuk memberitahu keluarga dan rakan anda lebih awal tentang situasi anda terutamanya bagi mengelakkan sebarang salah faham.
2. Penurunan Berat Badan
Ramai yang tidak menyangka berapa banyak kalori yang telah mereka ambil ketika mereka sedang ketagihan pengambilan kafein.
Anda tentu tahu bahawa soda itu padat dengan gula dan minuman kopi campuran adalah merupakan bahan yang menggemukkan jika diambil. Namun sedikit gula dan krim boleh menambah lebih 200 kalori ke dalam cawan anda.
3. Menambahkan Berat Badan
Kafein juga boleh menjadi salah satu dari bahan yang mengurangkan selera makan anda.
Selain itu penemuan baru juga mendapati kafein boleh meningkatkan tahap metabolisma anda. Kesannya tidak kelihatan namun jika anda banyak mengambil kopi yang hitam pekat, anda boleh membakar lebih kalori daripada apa yang terkandung di dalamnya.
Jika anda tiba-tiba menghentikannya, mungkin anda akan dapat melihat pertambahan pada skala timbang berat anda nanti.
4. Tidur Lebih Lama Dan Punya Lebih Tenaga
Kafein boleh mengganggu tidur anda kerana ia adalah sifat kafein untuk menyebabkan anda kerap terjaga dan sukar utuk tidur.
Oleh itu mereka yang meninggalkan tabiat pengambilan kafein dapat tidur dengan lebih lena berbanding mereka yang masih mengamalkan pengambilannya. Anda juga akan berasa lebih bertenaga selepas beberapa lama meninggalkan amalan pengambilan kafein.
5. Berasa Lebih Tenang
Kafein adalah sejenis bahan simulasi yang boleh mendorong deria anda.
Kafein juga boleh membebaskan sejenis adrenalin yang boleh meletakkan anda di dalam keadaan berjaga-jaga mahupun dalam keadaan sedar.
Ia juga turut mengecutkan salur darah anda dan meningkatkan tekanan darah.
The post Perkara Pelik Yang Berlaku Jika Anda Berhenti Mengambil Kafein appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments