Lek Lu

Friday 26 August 2016

Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..

Ini Punca Sebenar Uztaz Kazim Elias Buat Laporan Polis Terhadap Wardina.. Malu Besar La Wardina..


Pendakwah ter­kenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi dan selebriti tanah air, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Mohd. Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Selain beliau katanya, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu bapa pelajar.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut.

Pada masa sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen yang me­nulis komen di Facebook mereka supaya berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati dalam isu tersebut.

Terdahulu, Mohd. Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Menurutnya, sebagai seorang pen­ceramah bebas, beliau semema­ng­nya sentiasa dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di sekolah itu.

“Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama.

“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara.

“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,” katanya.

No comments:
Write comments