SEMALAM kebanyakan media utama negara menyiarkan berita perkahwinan kedua bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dengan seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.
Wanita berketurunan Cina itu dipercayai telah memeluk agama Islam sejak April lepas.
Dr. Mohamad Khir dan Christine atau nama asalnya, Christine Tan; 39, diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan di dalam negara.
Dalam majlis itu, Christine ayu menggayakan busana perkahwinan rekaan pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill.
Dr. Mohamad Khir; 51, sebelum ini berkahwin dengan Datin Zaharah Kechik pada 1990 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak.
Di bawah kami kongsikan gambar isteri kedua Dr. Mohamad Khir yang difahamkan merupakan seorang bekas wartawan jenayah yang pernah berkhidmat di sebuah akhbar harian tempatan. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments