Lek Lu

Monday, 22 August 2016

Mencegah Penyakit Dan Mengawal Jangkitan

Kuman ada di sekeliling kita. Tetapi, jangan khuatir. Kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada yang memberi manfaat, seperti bakteria dalam usus yang membantu penghadaman. Apa yang penting adalah melindungi keluarga anda daripada kuman yang menyebabkan jangkitan.


how-bacteria-work-orig

Bagaimana Kuman Tersebar?

Bakteria merbahaya dan kuman lain boleh dibawa ke rumah melalui pengunjung atau pun haiwan peliharaan, atau pun makanan dan minuman yang tercemar.

Bagaimana ia tersebar kepada kita? Membersih permukaan tercemar tanpa kebersihan yang sewajarnya (seperti memakai kain yang tidak dibasuh dengan kerap) boleh menyebarkan kuman ke kawasan lain. Tanpa anda sedari, kita juga mengutip kuman pada tangan.

Ia boleh disebarkan melalui apa-apa saja benda yang kita sentuh, sehinggalah kita membasuh tangan.

Jika seseorang mengalami penyakit berjangkit seperti selesema, titisan air kecil dari mulut mereka membawa kuman ke dalam udara apabila mereka batuk, bersin atau pun bernafas. Ia boleh mencemarkan apa jua permukaan, atau menjangkiti orang lain yang menghirup udara.

Inilah yang dipanggil rantaian jangkitan – bakteria merbahaya dan kuman lain dipindahkan dari seseorang kepada orang lain dan menyebabkan jangkitan. Mujurlah rantaian ini boleh diputuskan.


3.1.2_bacteria_1

Memutuskan Rantaian Jangkitan

Cara terbaik untuk menghalang penyebaran kuman adalah melalui kebersihan yang baik. Berikut adalah cara yang dapat membantu:

  • Basuh tangan dengan kerap – terutama sekali sebelum makan, sebelum dan selepas menyediakan makanan, dan selepas batuk, bersin atau menggunakan tandas atau menyalin lampin.
  • Tutup hidung atau mulut dengan tisu apabila anda batuk atau bersin. Terus buang mana-mana tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan anda.
  • Uruskan dan sediakan makanan dengan selamat. Bersihkan tangan dan permukaan dengan kerap, asingkan makanan yang mentah dan telah dimasak, masak makanan dengan teliti dan sejukkan makanan yang segar dan dimasak untuk memperlahankan pertumbuhan bakteria.
  • Vaksin (atau imunisasi) adalah kaedah terbaik untuk melindungi diri daripada jangkitan serius. Pastikan keluarga anda diberikan vaksin terkini yang disarankan oleh pakar penjagaan kesihatan.
  • Bersihkan dan basmi kuman permukaan dengan kerap, terutama sekali permukaan yang bersentuhan dengan makanan dan yang kerap dipegang seperti pili, pemegang pintu dan telefon.

Images-For-Bacteria-EVLw

Bersih atau Basmi Kuman: Apa Perbezaannya?

Membersih bermaksud menanggalkan kotoran dan kuman tertentu, biasanya menggunakan bahan pencuci dan membilas dengan air panas. Untuk barang-barang kecil (seperti kutleri dan alat memasak), ia sudah cukup untuk ia selamat digunakan.

Membasmi kuman bermaksud membunuh kebanyakan kuman yang ada. Ia amat penting untuk permukaan yang besar dan tetap, di mana membilas sahaja tidak cukup (seperti kaunter memasak, tandas, sinki dan gagang telefon).

Membasmi permukaan ini dengan kerap adalah satu-satunya cara untuk menghalang penyebaran kuman dan bakteria merbahaya.

Ingat, rumah yang bersih pun masih boleh diceroboh oleh bakteria merbahaya. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut tentang penyakit yang biasa dijangkiti dan nasihat untuk melindungi diri anda dan keluarga tersayang.

The post Mencegah Penyakit Dan Mengawal Jangkitan appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments