Pekerjaan mungkin boleh menjadi lebih teruk dari zaman kolej dalam potensi untuk menambahkan berat badan anda. Hampir setengah daripada pekerja mengakui mereka mengalami peningkatan berat badan melalui pekerjaan mereka sekarang.
Untuk membantu anda mencapai tahap keseimbangan kerja dan juga berat badan anda, di sini ada beberapa kaedah yang dicadangkan untuk mengatasi masalah tersebut dan mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
1. Galakan Rakan Sekerja
Kadangkala tidak dapat dielakkan apabila anda mendapat galakan daripada rakan sekerja untuk menikmati hidangan yang tidak sihat.
Jika salah seorang daripada rakan sekerja anda menghadapi masalah obesiti, risiko anda untuk menghidapinya juga adalah dua kali ganda lebih besar.
Untuk mengatasinya, cuba rancang masa untuk anda menikmati hidangan tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Makan Tengahari Dengan Ahli Kumpulan
Kita kerap akan makan lebih apabila kita berada bersama dengan seseorang yang rapat dengan kita, bak kata seorang pakar diet.
Ini adalah kerana kita cenderung untuk mengikut apa sahaja yang dipesan oleh rakan kita dan seterusnya akan meleret hingga ke pencuci mulut. Dalam keadaan kita leka bersembang, kita tidak sedar berapa banyak kita telah makan.
Untuk mengatasinya, anda boleh membawa bekal anda sendiri tapi anda boleh sahaja turut serta bersama rakan-rakan sekerja anda untuk menghangatkan lagi suasana daripada makan berseorangan di meja anda.
3. Pejabat Anda Terlalu Sejuk
Memang benar jika kita sedang mengalami suhu yang terlalu sejuk ia akan menyebabkan selera makan kita akan bertambah dengan tujuan untuk memanaskan badan untuk menghadapi suhu sejuk tersebut.
Apabila kita terdedah dengan suhu yang terlalu sejuk, perut kita akan bertindakbalas dengan segera membuatkan kita cepat berasa lapar. Dan ia membawa kepada pertambahan berat badan.
Untuk mengatasinya, pakai pakaian yang mengikut kesesuaian dengan suhu di dalam pejabat dan bukannya di luar.
4. Pejabat Anda Tidak Memiliki Tingkap
Ia adalah teori yang bagaimana sumber cahaya pada pagi hari membantu selera anda beroperasi secara normal. Jika anda tidak mendapat sumber cahaya yang mencukupi ia akan menambahkan selera makan anda secara mendadak.
Untuk mengatasinya, cuba ambil jalan yang lebih jauh untuk ke pejabat anda ataupun apa sahaja yang membenarkan diri anda mendapat sekurang-kurangnya pendedahan pada matahari dalam masa sekurang-kurangnya 20 minit.
5. Makan Akibat Tekanan
Apabila anda berada dalam keadaan yang tertekan, tubuh anda akan cenderung untuk menghasilkan hormon yang menyebabkan bertambahnya selera makan anda, memaksa anda untuk mengidamkan makanan bergula dan berlemak.
Lebih teruk lagi, kemungkinan besar anda tidak akan meninggalkan tabiat buruk itu hanya di tempat kerja.
Untuk mengatasinya, terutamanya jika anda sangat menginginkan snek yang sihat, anda boleh beralih kepada coklat gelap yang berkesan untuk menurunkan kadar tekanan anda.
The post 5 Cara Pekerjaan Yang Boleh Menggemukkan Anda Dan Cara Mengatasinya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments