Harap-harap anda tidak memiliki beg untuk tidur di bawah meja tulis anda. Status seseorang sebagai gila kerja adalah salah satu simptom yang boleh membawa kepada penyakit mental menurut kajian Universiti di Norway.
Meletakkan keperluan kerja kepada tahap yang terlalu ekstrem boleh memberi tekanan yang berlebihan pada diri seseorang.
Menangani masalah tekanan di tempat kerja sudah menjadi isu global dan amat digalakkan untuk sesebuah pejabat untuk membantu menangani masalah tekanan ini secara perlahan-lahan.
Sambil anda menanti HR untuk bertindak, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan tekanan kerja dari minda anda.
1. Genggam Sesuatu
Mematahkan pensil, mengoyakkan kertas dari buku nota dan menggenggam sesuatu dengan kuat sedikit sebanyak boleh menghilangkan tekanan yang sedang anda alami. Jangan pula lakukan ia pada leher bos anda!
2. Makan Sedikit Telur
Telur adalah sangat kaya dengan vitamin B5 dan B6 yang mana mempunyai peranan dalam mengurangkan tahap tekanan seseorang.
3. Menonton Rancangan Kegemaran
Menonton rancangan kegemaran anda sambil melakukan kerja anda boleh sedikit sebanyak membantu anda untuk tidak terlalu memikirkan berkenaan pekerjaan anda. Lebih baik menonton “The Walking Dead” daripada bekerja seolah-olah diri anda itu zombi.
4. Ambil Lebih Kekacang
Keluar seketika dari pejabat anda untuk mendapatkan snek “Snickers” untuk membantu anda untuk melupakan seketika berkenaan tempat kerja anda. Barang kimia yang ditemui di dalam bahan kekacang boleh membuang dan menurunkan plak yang membahayakan otak sebanyak 62%
5. “Don’t See Red”
Tarikh akhir dan makanan yang kerap disediakan di pejabat kadangkala boleh meningkatkan tekanan darah anda dengan mendadak. Anda juga boleh menurunkan tekanan darah anda dengan mengambil makanan yang kaya dengan potassium.
The post 5 Cara Untuk Menghilangkan Tekanan Akibat Kerja appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments