Kesan tekanan kerja tidak berakhir dengan urusan bisnes itu sendiri, namun ia berakhir dengan perlawanan botol. Kebanyakan orang kini sudah mula beralih kepada meminum arak untuk menghilangkan tekanan kerja yang saban hari mereka alami.
Kajian juga turut mendapati bahawa mereka tidak berlengah-lengah menunggu untuk sampai ke rumah sebelum minum, mereka turut minum ketika berada di dalam kenderaan ketika dalam perjalanan balik.
Adakah tekanan kerja ini perlahan-lahan boleh membunuh kita? Ataupun kita sudah kurang kesabaran berbanding diri kita yang terdahulu?
Keburukan Dan Bahaya Tekanan
Tekanan jika dibiarkan secara berterusan tanpa meminta bantuan pakar boleh membawa kepada penyakit mental, sakit jantung dan seterusnya strok.
Tekanan adalah keadaan minda di mana tubuh tidak bekerja secara optimum. Jika tekanan bersifat kekal, kebolehan tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri akan turut terganggu. Ini boleh menyebabkan kebanyakan mereka mengalami kemurungan dan penyakit mental yang kronik.
“Eustress” Untuk Menarik Perhatian
Ada tekanan yang bersifat positif, kerana ia menyebabkan kita lebih peka dan membantu kita untuk melakukan kerja dengan lebih baik.
Namun permintaan kerja yang banyak hingga membebankan menyebabkan kita sukar untuk membezakan yang manakah tekanan yang baik dan yang mana yang buruk.
Cara Untuk Mengatasi
Bebanan kerja bukanlah satu-satunya perkara yang menyebabkan kita mengalami kebimbangan. Keadaan kewangan dan masalah perhubungan juga boleh membawa kepada masalah yang sama juga.
Kerja lebih masa dan kekurangan kawalan ke atas bebanan kerja serta kepuasan kerja juga boleh menyumbang kepada berlakunya tekanan.
The post Adakah Tekanan Kerja Boleh Membunuh Anda? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments