Lek Lu

Monday 1 August 2016

Mempunyai Lidah Luar Biasa Panjang, Gadis Ini Boleh Jilat Dari Telinga Ke Siku

lidah

Menjilat telinga, hidung serta siku memanglah satu perkara yang mustahil untuk kita lakukan – tetapi tidak jika anda mempunyai lidah yang luar biasa panjangnya.

Gerkary Bracho dari Ocala, Florida, telah menunjukkan kebolehannya menjilat telinga, hidung dan siku dalam satu video di YouTube yang dimuat naik sendiri olehnya.

Dalam video tersebut, Brancho juga telah menarik keluar lidahnya sepanjang yang mungkin dengan menggunakan tangannya. Anda boleh tengok video kat bawah tu.

Guinness World Record untuk kategori lidah terpanjang kini dipegang oleh Nick Stoeberl, 26, dari California, Amerika Syarikat. Panjang lidahnya adalah sekitar 3.97 inci dan ia disahkan di Salinas, California pada 27 November 2012.

Adakah Gerkary Bracho mampu memecahkan rekod dunia tersebut? Buat masa Brancho masih belum mengesahkan panjang sebenar lidahnya bagi membolehan dia memegang rekod dunia.

36B544D100000578-3715102-image-a-25_1469816029451

36B5439A00000578-3715102-image-a-8_1469815901538

36B543B600000578-3715102-image-a-18_1469815951698

36B5444D00000578-3715102-image-m-17_1469815946277

36B5439500000578-3715102-image-m-7_1469815895828

Sumber: Daily Mail

No comments:
Write comments