Kita tentu pernah melihat kebanyakan iklan di kaca televisyen di mana mereka menggalakkan kita untuk mencampurkan buah-buahan seperti strawberi dan kiwi ke dalam sajian bijirin sarapan.
Kita sudah sedia maklum bahawa bijirin selalu dicampurkan ke dalam susu kerana kita sudah terbiasa dengan cara tersebut. Namun bagaimana pula kisahnya dengan mencampurkan buah-buahan ke dalam sajian sarapan kita?
Adakah sebarang peraturan yang perlu diikuti dan adakah tabiat tersebut benar-benar sihat untuk diamalkan.
Namun sebelum kita bincang dengan lebih banyak lagi mengenai keburukan ataupun kebaikan tabiat tersebut, biar kita jawab dahulu satu soalan.
Apakah yang akan terjadi apabila anda masukkan buah limau ke dalam susu? Tentu ia akan memberikan suatu tindakbalas yang menjadikan susu itu mengental dan kemudian seakan cepat basi.
Ini kerana tahap masam di dalam limau tersebut akan memberikan kesan pada kualiti susu tersebut dan mengubah keadaan susu tersebut.
Oleh itu, susu hanya lebih sesuai digabungkan dengan buah-buahan yang ranum dan manis sahaja.
Menurut sumber dari Illuminated Health, mangga yang ranum sesuai untuk digabungkan dengan susu dan begitu juga dengan kismis dan buah kurma. Namun tidak bagi semua jenis Beri kerana bila anda mencampurkan Beri tersebut ke dalam susu, ia mungkin tidak pecah secepat mungkin tapi ia akan bertindakbalas apabila berada di dalam perut. Ini boleh mengundang pada masalah penghadaman yang serius.
Bagaimana pula dengan pisang dan susu?
Pisang yang masak ranum sememangnya manis namun ia akan berubah keadaan sebaik sahaja ia dihadam oleh perut anda. Hasilnya ia akan bertukar masam. Oleh sebab itu anda akan berasa berat selepas makan setiap kali anda menjamah pisang sambil minum susu.
Tanda-tanda ini menunjukkan anda sedang menghadapi masalah penghadaman.
Menurut Mind Body Green pula, kombinasi ini terpilih sebagai salah satu kombinasi makanan yang paling memudaratkan jika dijadikan tabiat secara berterusan.
Ini kerana ia boleh bertindakbalas dengan kadar segera dan bertukar menjadi toksin yang berbahaya. Antara mudarat yang boleh dibawa adalah kita akan berasa berat dan malas dan memperlambatkan fungsi otak.
Oleh itu adalah amat digalakkan untuk anda mengambil buah-buahan dan susu secara berasingan untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman anda.
Berikan masa sehingga 3 jam sebelum anda mengkonsumi setiap satunya. Amalkan diet yang sihat dan ambil nutrisi seimbang yang dinasihatkan oleh pakar-pakar diet bagi menjamin kesihatan anda pada masa yang akan datang.
The post Kombinasi Buah-Buahan Dan Susu, Apa Mudaratnya? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
No comments:
Write comments