Lek Lu

Monday 17 October 2016

Tengok Muka Ayu Dah, Sekali Badan Sado Teruk

barbie3

Gadis yang berasal dari Rusia ini dikenali ramai bukan kerana dia berjaya memecahkan rekod World Powerlifting Congress, namun namanya mula menjadi sebutan kerana wajahnya yang comel tetapi berbadan sado. Bayangkan muka barbie tapi badan The Rock, mestilah viral kan.

Julia Vins, 20, mula menjinakkan diri ke gim sejak berusia 15 tahun lagi. Setiap kali ke gim dia akan melakukan senaman yang sama yang dilakukan oleh pengunjung lelaki di gim itu.

Julia sangat menghargai sokongan yang tak berbelah daripada teman lelakinya, biarpun ramai yang tidak berkenan dengan professionnya itu. Dia juga tidak mengambil pusing dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Tambahnya lagi, tanggapan masyarakat tentang wanita di Rusia tidak akan berubah di mana mereka menganggap tempat wanita hanyalah di rumah dan di dapur sahaja.

“Ketika saya mengembara ke benua Eropah dan Asia, saya perasan bahawa orang di sana lebih hormati saya dan walaupun mereka tidak suka dengan apa yang saya lakukan, mereka masih menghormati pilihan saya,” katanya.

barbie

Screen Shot 2016-10-17 at 8.39.17 PM

Sumber: Siakap Keli

No comments:
Write comments