Lek Lu

Thursday 7 April 2016

UPDATE: "SAYA TAK CURI, BANGLA YANG BAGI TELEFON TU..." - PENCURI TAMPIL BERI PENJELASAN


Susulan tersebarnya gambar di media sosial gambar lelaki bersama isteri dan anaknya yang didakwa mencuri sebuah telefon pintar jenama HTC semalam, lelaki terbabit tampil membuat laporan polis dan menafikan dakwaan pemilik telefon berkenaan.

"Pada 3 April 2016 jam 10.45 pagi, semasa saya berada di rumah, saya telah membuka laman Facebook seorang lelaki Melayu, Muhammad Firdaus, yang mana telah menuduh saya mencuri telefon bimbitnya pada 2 April 2016, jam 5.30 petang.

"Semasa saya berada di Setapak Central, seorang lelaki warganegara Bangladesh telah menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada saya tetapi saya tidak tahu siapa pemiliknya.

"Saya cuba membuka screen telefon bimbit tersebut tetapi gagal selepas percubaan selama 5 kali. Telefon tersebut terus lock dan tidak dapat menjawab panggilan.

"Saya cuba bekerjasama dengan beliau (pemilik) mengenai hal ini tetapi beliau mendiamkan diri. Sehingga sekarang telefon bimbitnya masih berada di tangan saya. Jika pemilik mahu telefonnya kembali, saya meminta beliau berhubung dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini dan menutup semula fitnah yang ditulisnya di laman Facebook," katanya yang membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan mencuri telefon Firdaus.

Dalam status terkini Muhammad Firdaus menyatakan bahawa masalah itu telah diselesaikan dan mengaku bahawa dia hanya salah faham sahaja.

"Assalamualaikum, okay semua dah settle. Sebenarnya ada salah faham di sini. Sekarang semuanya sudah selesai. Tolong viralkan dan jangan kecam saya. Terima kasih," katanya. - SUMBER

No comments:
Write comments