Lek Lu

Tuesday 31 May 2016

[Video] Pemain Golf Terkejut Buaya Gergasi Muncul Atas Padang

1_62

Sumber: Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin

Siapa yang tak terkejut lihat buaya sebesar ni. Dah macam gergasi dah kami tengok. Itulah yang terjadi di sebuah padang golf di Padang Golf Buffalo Creek di Palmetto apabila pemain golf di situ terkejut didatangi seekor buaya ‘alligator’.

Seorang saksi yang sempat merakam alligator tersebut, Charles Helms ingatkan ianya satu ‘prank’ lawak. Namun ianya merupakan seekor alligator sebenar.

“Saya terkejut dan terdiam”, katanya kepada ABC Action News.

“Saya tak tahu jika kami di main-mainkan. Ia cuma duduk terbaring, berehat dan apabila ia bangun, ia mula bergerak ke arah tasik di situ”, katanya lagi.

Buaya tersebut dianggarkan 4.5 meter panjang, dan itu bukan pertama kali ia memunculkan diri di padang golf tersebut.

“Dia tak menggangu sesiapa dan mereka (pemain golf) pun tidak mengganggu dia. Dia seolah-olah seperti maskot untuk padang golf ini”, kata pekerja di padang golf itu, Wendy Schofield.

“Dia sudah tersangat lama berada di sini… mereka menganggarkan ia berukuran 15 ke 16 kaki panjang”, katanya lagi.

 

Koleksi Gambar Yang Boleh Buat Anda Terfikir, Biar Betul Dorang Ni?

Berikut merupakan koleksi gambar unik bagi menyelesaikan mereka yang mereka hadapi dan hasilnya sangatlah melucukan.

Apalah agaknya yang mereka fikirkan.

#1. Pintu dah selamat kunci, jom pergi jalan.

71755-R3L8T8D-650-3_39

#2 Dah lekat sellotape, mungkin jalan ni akan stop daru terus merekah.

71955-R3L8T8D-650-472855-R3L8T8D-500-16

#3 Cable tie kan ada, nak risau apa. Lock macam biasalah. Hewhew!

71605-R3L8T8D-650-3-03

#4 Selesai masalah. Takdelah ekzos kena seret dah.

71405-R3L8T8D-650-1_01

#5 Hidden camera kan mahal, sorokkan je camera yang bagak tu macam ni.

71455-R3L8T8D-650-1_06

#6 Macam ni pun boleh. Adoyai!

72455-R3L8T8D-650-84be4ca460146c4002bd0a3a85847a2e

#7 Hmmmmmm.

71805-R3L8T8D-650-3_40

#8 Jimat space katanya. Kalau jatuh atas kepala, memang masuk ICU terus ni.

72505-R3L8T8D-650-c0f45cd9c727d9ec7d2842d8ba460493

Sumber: Bright Side

Budak Kecil Ini Tak Berhenti Menangis Selepas Lampu Kapal Terbang Dipadamkan, Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan Sehingga Dia Senyap Dan Lena Di Pangkuannya

10-Electronics-Free-Ideas-to-Entertain-your-Kid-on-a-Flight-MainPhoto

Gambar sekadar hiasan.

Perkongsian kisah Kak Hassanah tentang pengalamannya menenangkan seorang anak kecil yang menangis ketakutan di dalam kapal terbang di Facebooknya menarik perhatian ramai. Sehingga kini post tersebut telah menerima sebanyak 26,059 shares.

Kalau sebelum tu dia punyalah excited, berulang kali cakap, ” Mumy ! Dady ! We are flying ! “. Sampai masa lampu dalam kapal terbang dipadamkan, anak mat salleh ini terus menangis kuat kerana takut gelap.

Ikuti kisah di bawah untuk mengetahui bagaimana wanita ini menenangkan anak kecil ini sehingga dia terlena di pangkuannya.

  Screen Shot 2016-06-01 at 11.55.39 AM Screen Shot 2016-06-01 at 11.31.53 AM Screen Shot 2016-06-01 at 11.32.04 AM

Sumber: FB Kak Hassanah

Kejut Tuan Daripada Tidur, Kucing Ini Selamatkan Nyawa Mereka

0708HouseFire2JB

Gambar sekadar hiasan

Satu kebakaran telah berlaku di rumah pasangan suami isteri yang menetap Summerlin di Las Vegas pada jam 2 pagi, ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Pasangan ini terjaga selepas mendengar kucing mereka mencakar kabinet kayu seolah-olah cuba mengejutkan mereka daripada kebakaran itu.

Setelah menyedari apa yang berlaku, mereka terus menghubungi polis dan keluar meninggalkan rumah bersama kucing dan anak saudara mereka.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, hanya bahagian garaj rumah tersebut musnah akibat kebakaran tersebut. 

Mungkinkah ini salah satu cara haiwan tersebut membalas jasa tuannya. 

Sumber: Mynewshub

Puasa Secara Sihat Ramadhan Ini

Berpuasa dengan cara yang betul mampu membantu menyihatkan badan. Seringkali puasa digunakan sebagai kesempatan untuk menurunkan berat badan.

Ini boleh dicapai dengan pengamalan puasa yang sihat. Jika tidak berhati-hati, makanan berlebihan ketika berbuka puasa setelah mengawal diri seharian menjurus kepada bertambahnya berat badan.

 

selamat-berpuasa-2

Selepas tempoh puasa yang lama, setelah usus menyerap sepenuhnya zat-zat makanan dari sajian makan terakhir, simpanan tenaga dalam badan akan digunakan.

Biasanya simpanan glukosa dalam hati dan otot digunakan dahulu kerana glukosa merupakan sumber tenaga utama badan.

Apabila simpanan glukosa habis, lemak menjadi sumber tenaga seterusnya. Dengan masa dan pengulangan, simpanan lemak ini akan digunakan dengan kerap dan lama-kelamaan berkurang. Beginilah cara puasa membantu mengurangkan berat badan.

Namun jika dilakukan terlalu lama, badan akan mula menggunakan protein sebagai sumber tenaga. Hal ini perlu dielakkan kerana otot-otot badan akan mula terhakis. Pengurangan berat badan seperti ini tidak sihat dan melemahkan tubuh badan.

 

Healthy-Meal

Penurunan berat badan dalam kadar 5-10% dari berat asal bagi mereka yang kegemukan bermanfaat dalam pengawalan kencing manis, pengurangan kolestrol dan tekanan darah. Puasa juga menggalakkan pembuangan toksin dan hasilnya boleh dilihat dalam peningkatan kesihatan mental.

Pemakanan sihat ketika berpuasa tidak jauh beza dari pemakanan sihat di luar bulan puasa. Prinsip sama digunakan iaitu pemakanan sihat yang seimbang. Pemakanan ketika bulan puasa sama seperti hari-hari biasa. Ikuti piramid makanan merangkumi semua kumpulan makanan :

  • Nasi, roti, bijirin, dan makanan berkanji
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Daging, ikan, telur, dan soya
  • Susu dan hasil-hasil tenusu
  • Makanan berlemak dan bergula

 

Salah satu cara menghadapi puasa adalah dengan mengambil lebih banyak karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks melepaskan tenaga pada kadar yang lebih rendah dan membantu untuk bertahan lebih lama sepanjang hari.

Kadar perlepasan tenaga yang rendah memastikan kadar glukosa dalam badan rendah dan terkawal – ini sangat berfaedah bagi pesakit kencing manis.

Contoh karbohidrat kompleks adalah seperti beras perang, beras basmati, oat, gandum, barli, tepung gandum bijiran penuh dan kacang dhal. Karbohidrat kompleks turut mempunyai kandungan serat yang tinggi.

 

612276353494764

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Serat berfungsi melancarkan perjalanan usus dan membuat anda rasa lebih kenyang selepas makan. Karbohidrat ringkas mudah dihadam dan diserap hampir serta merta tetapi membuat anda cepat lapar. Dengan menambahkan serat pemakanan dalam hidangan, khasiat diserap dengan lebih perlahan dan rasa kenyang berpanjangan. Sayuran dan buah-buahan turut memberi pelbagai vitamin dan mineral.

Makanan diproses yang mengandungi karbohidrat ringkas atau gula harus dielakkan kerana badan menggunakannya dengan cepat. Inilah sebab mengapa kita lebih cepat lapar selepas makan mi segera berbanding semangkuk kecil oat.

Makanan berlemak juga perlu dielakkan kerana ianya tidak sihat dan penyebab pedih ulu hati yang sering berlaku ketika berpuasa.

Kafein merupakan sejenis diuretik. Diuretik mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pengeluaran air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahhidratan. Oleh itu, kurangkan pengambilan minuman berasaskan kafein seperti teh, kopi, dan cola.

 

ramadhan-22-copy2

Sahur sebagai santapan pertama harian perlulah sihat dan seimbang secara menyeluruh. Cuba hidangan yang mengandungi nisbah karbohidrat kompleks lebih tinggi dan serat pemakanan yang lebih mengenyangkan serta memberi tenaga yang tahan berpanjangan suntuk sehari.

Hidangan seimbang untuk sahur memastikan zat-zat yang mencukupi terutama sekali vitamin dan zat galian. Sajian protein yang cukup mencegah penghakisan otot akibat puasa berpanjangan.

Elakkan makanan bergoreng untuk sahur jika anda cenderung mengalami pedih ulu hati kerana makanan berminyak memburukkan gejala ini. Gunakan cara masak yang sihat seperti bakar, panggang, kukus, rebus, dan tumis.

 

51kapan-usia-ideal-anak-berpuasa

Pengambilan kurma ketika berbuka puasa merupakan amalan Rasulullah s.a.w atau sunnah dan digalakkan sesama Muslim. Kurma adalah sejenis karbohidrat ringkas yang memberi tenaga serta merta. Jus buah-buahan dan manisan memberi kesan yang sama.

Pesakit kencing manis perlu berwaspada dengan amalan berbuka puasa dengan kurma kerana peningkatan kadar gula dalam darah yang terlalu cepat boleh mengakibatkan kadar gula yang tidak terkawal sepanjang malam. Minum air sewaktu berbuka puasa untuk menggantikan kehilangan air.

Pada masa yang sama, meminum air memberi rasa kenyang lantas mengelakkan makanan berlebihan. Puasa tidak patut dijadikan alasan untuk makan lebih dari biasa kerana kesannya, berat badan akan bertambah.

Sebolehnya ambil sajian yang lebih kecil dan kerap untuk mengagihkan tenaga dengan jajar justeru meningkatkan tahap metabolik.

Bulan puasa atau tidak, cara pemakanan sihat adalah sama. Sajian hendaklah seimbang, kepelbagaian, dan kurang ketumpatan tenaga. Amalan ini seharusnya berpanjangan dan tidak hanya terbatas pada bulan Ramadan untuk mencapai badan yang lebih sihat.

The post Puasa Secara Sihat Ramadhan Ini appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Sakit Belakang Angkara “Slipped Disc”

Adakah anda selalu mengalami sakit belakang? Mungkin ada kenalan anda mengatakan anda menghidap ‘slipped disc’ atau disk tergelincir. Ramai yang berpendapat, apabila sakit belakang sahaja, ia adalah berpunca daripada slipped disc. Benarkah begitu? Apakah disk yang dimaksudkan?

Mengikut statistik, masalah sakit belakang amat kerap berlaku. Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. Hanya sebahagian sahaja yang mengalami masalah slipped disc.

 

37.-Lumbar-spineA-copy-212x300

Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).

Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.

 

PUNCA PUNCA SLIPPED DISC

slip-disc

Antara punca-punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:

  1. Trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.
  2. Pesakit mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
  4. Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
  5. Sukan mengangkat berat

Ia juga menjelaskan kenapa masalah slipped disc ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan.

Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

 

SAKIT BELAKANG YANG MENJALAR

shutterstock_152531303---Nerve-pain-page

 Individu yang mengalami slipped disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. Dalam kes yang teruk, mereka mungkin juga kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki.

Terdapat juga kes yang serius dimana pesakit tidak lagi dapat mengawal kencing dan tercirit.

Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera.

Prolapsed disc boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:

  1. Disc protrusion – Disk menonjol keluar tapi belum terkoyak
  2. Disc extrusion – Annulus Disk terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal canal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament
  3. Disc sequestration – Tisu nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang

Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku. Pesakit yang mengalami protrusion biasanya hanya mengalami sakit belakang yang kadangkala menjalar ke kaki, namun jika melibatkan peringkat extrusion atau sequestration, kesakitan adalah tidak tertahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.

 

PERLUKAH MRI DILAKUKAN?

prolapsed-disc--3d-render

Imbasan Xray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur tulang belakang pesakit. MRI atau Magnetic Resonance Imagingakan dilakukan bagi memastikan diagnosis, sekiranya perlu.

MRI juga akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai simptom dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah otot, kebas atau tidak dapat mengawal kencing dan air besar.

 

RAWATAN

chiropractic-treatment-for-slipped-disc-1-638

Pada peringkat awal, untuk kes disc protrusion, di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat dengan menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang berat. Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius kerana pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan di beliau makin tertonjol ke belakang dan menekan saraf.

Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound boleh membantu. Senaman bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit.

Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu.

Namun sekiranya slip disc ini agak serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala lemah. Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Kurang daripada 10 peratus pesakit memerlukan pembedahan.

Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas(Image Intensifier) di bilik bedah.

Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan menggunakan kamera dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.

 

KEMUNGKINAN LAIN

Ayurvedic_Cure_Slipped_Disc-670x300

Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang selain daripada prolapsed disc. Antara masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:

  1. Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
  2. Kerosakan atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
  3. Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
  4. Kanser tulang
  5. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
  6. Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
  7. Tulang rapuh (Osteoporosis)
  8. Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
  9. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone)

Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini. Doktor akan bertanya beberapa soalan serta melakukan pemeriksaan yang khusus bagi memastikan diagnosis anda. Selepas diagnosis diberi, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.

 

Rujukan

  1. Overview of Orthopedics, Mark D. Miller, 5th edition, p478-481
  2. Postgraduate Orthopaedics, Paul A. Nanaszkiewicz, p265-268
  3. http://www.nhs.uk/Conditions/Slipped-disc/

The post Sakit Belakang Angkara “Slipped Disc” appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

“Left Group” Kat WhatsApp Putuskan Silaturahim? Ini Jawab Ustaz

Screen Shot 2016-06-01 at 9.32.10 AM

Sumber: Sinar Harian. Oleh: Aimi Nordin

Semua orang ada What’s App group kan. Paling tidak pun akan ada satu group. Biasalah bila dah ramai dalam tu macam-macam perangai ada, macam-macam perasaan nak kena jaga. Lepas tu bila ada yang left group mula lah ada yang terasa lah, yang mengumpat kenapa dia left group dan sebagainya.

Tak kurang juga ada yang kata mereka yang left group ni semacam nak putusakan silaturrahim. Ada hukum keluar group What’s App ke? Haa ni ustaz Azhar Idrus jawab.

“Bila kita ‘left group’ bukan kita putus silaturahim…putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara ‘left group’ bukan sampai tahap begitu,”

UIA juga sarankan sebelum nak left group seeloknya jelaskan dulu sebab dan beritahu ahli yang lain supaya tak timbul prasangka buruk.

“‘Left group’ ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak grup.

“Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya… Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘left group’ tiada masalah,” seperti yang dilapor Sinar Online.

UIA juga berpesan gunakan teknologi dengan cara yang betul.

“Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti ‘bagaimana untuk memasak dengan baik’ juga boleh dikongsi di media sosial,” katanya.

[Video] Dengan Adanya Mesin Ini, Anda Dah Tak Perlu Lipat Baju Sendiri

Screen Shot 2016-06-01 at 9.45.46 AM

Imej dari iemo.jp

Malas lipat baju lepas cuci? Anda mungkin memerlukan mesin Foldimate ini.

Foldimate merupakan sebuah mesin robotik yang boleh melipat baju secara automatik selepas ia selesai dibasuh. 

Selain dari melipat baju, mesin ini juga turut menyediakan penggunaan stim bagi menghilangkan kedutan pada baju.

Proses yang diambil ketika menggunakan Foldimate diaktakan mengambil masa sedikit kerana pengguna perlu menggantung baju pada Foldimate secara manual. Hanya 12 helai baju yang boleh digantung dania mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk melipat sehelai baju.

Buat masa ini, pakaian yang boleh dimasukkan terhad kepada beberapa jenis pakaian sahaja.

Difahamkan, mesin ini akan berada di pasaran dalam beberapa tahun lagi dan harganya dijangka dalam sekitar $850 (lebih kurang RM3,500).

Sumber: Amanz

PEMAIN GOLF TERKEJUT 'DIKUNJUNGI' BUAYA BESAR ! (VIDEO & GAMBAR)


Florida, 31 Mei - Pemain golf di Padang Golf Buffalo Creek di Palmetto di sini terkejut apabila seekor buaya besar 'mengunjungi' padang itu dalam kejadian baru-baru ini.

Seorang saksi, Charles Helms, yang berjaya merakam kejadian berkata pada awalnya dia menyangkakan buaya itu sebagai satu 'prank' lawak.

"Saya terkejut dan terdiam", katanya kepada ABC Action News.

"Saya tak tahu jika kami di main-mainkan. Ia cuma duduk terbaring, berehat dan apabila ia bangun, ia mula bergerak ke arah tasik di situ", katanya lagi.





Buaya tersebut dianggarkan 4.5 meter panjang, dan itu bukan pertama kali ia memunculkan diri di padang golf tersebut.

"Dia tak menggangu sesiapa dan mereka (pemain golf) pun tidak mengganggu dia. Dia seolah-olah seperti maskot untuk padang golf ini", kata pekerja di padang golf itu, Wendy Schofield.

"Dia sudah tersangat lama berada di sini... mereka menganggarkan ia berukuran 15 ke 16 kaki panjang", katanya lagi. - SUMBER



LIHAT VIDEO DI SINI

SHAMSUL YUSOF & ABANG LONG FADIL MENANGIS DI MASJID AL-RIDHUAN (VIDEO)


ANAK muda ini menempuh kehidupan glamor sebagai aktor dan pengarah filem terkenal. Filem-filem gengster dan penuh aksi ganas arahannya, meletakkan dirinya sebagai trendsetter filem Melayu masa kini.

Selain meletup, hampir semua filemnya berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit termasuk filem terbaharu Munafik yang mencipta rekod kutipan tertinggi RM20 juta dalam sejarah filem tempatan di pawagam.

Siapa tidak kenal Syamsul Yusuf. Usia mudanya penuh dengan rekod kejayaan demi kejayaan yang tidak pernah dinikmati mana-mana pengarah selepas kejayaan klasik lagenda Tan Sri P. Ramlee ketika di zaman kemuncak Studio Jalan Ampas Singapura pada dekad enam puluhan.

Dari dunia glamor layar perak, Syamsul kini memilih masjid sebagai pengisi jalan hidupnya. Malam minggu lalu, di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang, dengan dipenuhi lebih 600 jemaah yang bersesak-sesak, Syamsul muncul sebagai panel dialog Thank You Allah.

Dalam sesi selama hampir 2 jam yang bermula selepas solat Maghrib itu, Syamsul menangis berkongsi kisah hidupnya. Apa yang menjadikan dirinya terasa semakin kerdil dan dhaif ketika nama dan kegemilangannya sedang berada memuncak.




Abang Long Fadil

Syamsul muncul sebagai panel bersama Abang Long Fadil, 29, bekas gengster Singapura yang menghabiskan usia kanak-kanak dan remajanya selama 15 tahun di penjara atas pelbagai jenayah keganasan.

Selain Syamsul dan Abang Long Fadil, program Thank You Allah turut mengundang dua lagi panel, Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Sesi perkongsian pecah panggung ini mengalirkan airmata pengarah box office itu, ketika meluah rasa hati mengenangkan hidayah Allah yang membimbingnya ketika di mercu kejayaan.

Manakala Abang Long Fadil, menitiskan airmata mengenangkan kasih ibunya yang tega berdoa tanpa jemu sekali pun dirinya hidup sebagai munafik.

Semua kisah airmata ini dapat anda saksikan dalam #PenghijrahanFenomena yang akan disiarkan pada Khamis 10 malam di TV AlHijrah.

Saksikan perkongsian menarik penuh airmata luahan hati pengarah paling gengster di Malaya dan bekas gengster paling gengster di Singapura. Pasti banyak hidayah Allah yang mahu dijadikan teladan untuk sama-sama kita jadikan pedoman menuju jalan yang diredhai Allah.

#SegalanyaBermulaDisini TV AlHijrah. – sumber
 

"SAYA TAK TERKESAN, MALAH DRAMA JADI SEMAKIN POPULAR..." - AMAR BAHARIN



KUALA LUMPUR - Minggu lalu tersebar video pendek babak watak Amar Baharin merogol watak Tiz Zaqyah di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi.

Namun bagi Amar, sungguhpun babak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, nama ia sedikit sebanyak menjadikan drama 'Akadku Yang Terakhir' itu mendapat perhatian umum dan lebih popular.

"Saya tidak menafikan perkara tersebut. Baik atau buruk, ia tetap publisiti. Mungkin disebabkan babak rogol yang tersebar itu, orang ramai lebih berminat untuk menonton keseluruhan drama tersebut.

"Sebelum menjadi viral, mungkin orang tidak sedar tentang kewujudan drama itu kerana ia bersiaran setiap jam 6 petang, bukannya pada waktu perdana," katanya kepada Kosmo!

Meskipun dihentam netizen, Amar meluahkan rasa bersyukur kerana rama yang mula bercakap mengenai drama tersebut.



Difahamkan, babak rogol itu tidak mendapat kelulusan stesen televisyen, namun dimuat naik oleh pengarah Harris Fadzillah di laman Instagram.

"Ini bukan pertama kali saya menerima kritikan kerana lakonan. Jika terlalu mengikut adegan dalam novel dihnetam, tak ikut juga menerima nasib sama kerana dikatakan mengubah karya asal. Jadi saya tak peduli kata-kata orang lain asalkan kerja berjalan dengan baik sudah memadai.

"Saya lebih bimbang jika tiada langsung berita atau respons dari orang ramai terhadap drama dilakonkan," katanya. - 

"JANGAN ROSAKKAN KENDERAAN DOUBLE PARKING" - POLIS


KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri atau merosakkan kenderaan orang lain terhadap kenderaan yang didapati menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain, lapor The Sun.

"Saya mahu mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak mengambil tindakan sendiri apabila berdepan dengan insiden seperti ini.

"Sebaliknya, hubungi pegawai trafik kami atau penguatkuasa tempatan untuk menarik kenderaan tersebut," kata Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus.

Katanya, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati memarkirkan kenderaan mereka sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain akan disaman RM300.

Meskipun ada yang berkata ianya mengambil masa yang lama untuk menunggu penguatkuasa mengambil tindakan, Mahamad tetap menegaskan undang-undang tetap perlu dipatuhi. SUMBER

NYANYI SAMBIL MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSI DI SMULE, WANITA INI DIBURU POLIS (VIDEO)



MENYANYI secara online menggunakan aplikasi Smule kini menjadi trend dan kegilaan ramai di seluruh dunia termasuk artis terkenal.

Menerusi aplikasi ini, bukan sahaja vokal dipertaruhkan tetapi bermacam-macam gaya persembahan dilihat bagi menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, persembahan yang dilakukan oleh seorang wanita ini benar-benar mengejutkan ramai sekali gus menimbulkam rasa jelik.

Apa tidaknya, wanita ini tanpa segan silu merakam aksinya sedang melakukan seks sambil menyanyi lagu ‘Banyuwangi’ secara aplikasi Smule.

Perbuatan tidak senonoh wanita dikenali sebagai Igor Agatha Sebastian bersama pasangannya ini menimbulkan kemarahan warga Bayuwangi kerana dianggap menghina dan tidak menghormati lagu ‘Banyuwangi’.

Malah, seorang netizen bernama Krishna Adi dalam akaun Facebooknya bertindak menawarkan hadiah berjumlah 1 juta rupiah (RM302) untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai wanita itu.



Selain itu, netizen ini turut mengecam tindakan wanita tersebut dan menganggap ia agak keterlaluan dan perbuatan mendedahkan kepada umum itu sungguh biadap.

Lebih meloyakan, dalam video berdurasi 4.17 saat itu, Igor turut memperlihatkan reaksi wajahnya yang klimaks seakan-akan ‘stim’ sambil menyanyi.

Walaupun tidak dilihat dengan jelas aksi seksnya, namun kepala seorang lelaki sedang menindih badannya turut kelihatan dalam video tersebut. – SUMBER