Lek Lu

Wednesday 31 August 2016

Stress dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus […]

The post Stress dan Akibatnya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Ramai Wanita Hari Ini Stress Dengan Perangai Suami

Saya amat sedih dan bersimpati bila terbaca ramai wanita hari ini stress dengan perangai suami masing-masing. Sehingga ada yang ditimpa kemurungan yang melampau, terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikatari.

Saya kira, lebih 100 orang wanita yang telah menghantar email kepada saya menceritakan yang mereka ditimpa kemurungan yang teruk sehingga masuk wad dengan disebabkan pelbagai penyakit.


Ya Allah, maafkanlah semua kaum lelaki yang ada pada hari ini, yang meninggalkan dakwah sehingga tidak membawa isteri mereka dekat pada Allah.

Punca utamanya ialah, suami tidak memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan dengan ajaran Islam serta Sunnah Nabi SAW. Si suami sudah terlupa akan tujuan Allah hantar ke dunia ini serta erti kehidupan yang sebenar. Sebaliknya suami sibuk dengan perkara yang tidak penting, dan mula lalai dengan dunia.

Isteri buat pahala tanpa henti. Dia bekerja membantu suami, sedangkan tugas mencari nafkah itu adalah tanggungjawab suami. Suami yang kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga.

Allah beri pahala sedekah buat golongan wanita bila mereka cuba membantu suami atau meringankan beban suami kerana Allah.
Isteri mandikan dan urus anak-anak seorang diri
Isteri uruskan pendaftaran sekolah dan mendidik anak-anak
Isteri kemas rumah dan melayan karenah anak-anak
Isteri berpakaian cantik, seksi dan menunggu untuk dibelai dan dilayan suami
Isteri bawa anak ke klinik/hospital
Isteri sakit atau pening kepala, tetap tiada MC, terus jaga dan uruskan anak, rumah tangga.

Isteri uruskan semuanya tanpa cuti. Kalau tanggungjawab isteri diberikan pada robot, boleh meletup dan rosak juga. Inikan pula manusia bernama wanita.

Mereka tak sempat makan, tak sempat tidur lena, tak sempat menguruskan diri dengan sempurna. Mereka banyak mengorbankan masa untuk melayan karenah anak dan suami. Isteri yang baik, dalam hidupnya cuma ada Islam, suami dan anak-anak. Keluarga mereka jauh, dan mereka tiada tempat untuk meluahkannya.

Dia buat semuanya sedangkan dia sudah ada suami. Tetapi suami?
Suami sibuk tengok handphone 24 jam
Suami sibuk keluar malam-malam seperti orang bujang. Sedangkan sudah ada anak-anak kecil. Balik 2 3 pagi setiap hari
Suami sibuk tidur di ruang tamu sedangkan isteri di dalam bilik pening/sakit. Penat menjaga anak yang menangis dan bergaduh
Suami sibuk bersukan siang malam selepas waktu kerja
Suami bila sakit, nak isteri layan dia seperti raja
Suami bila penat, berehat tak ingat dunia. Tidur sepanjang hari tanpa menolong isteri
Suami bila ditegur, mengamuk, marah dan melenting

Bukanlah kena jadi malaikat tetapi jalanilah hidup ini dengan cinta dan perasaan. Melihat dengan cinta, mendengar dengan cinta, berkhidmat dan bersama dengan cinta.

Ubatnya begini:

Solat dua rakaan, minta pertolongan Allah. Semua masalah dalam genggaman Allah. Merayulah kasih sayang dan rahmat dari Allah.

Masalah dalam hubungan rumah tangga sebenarnya timbul kerana sudah hilang rahmat dari Allah. Jagalah solat dan solat tepat pada waktunya. Suami isteri sama-sama tidur awal dan bangun tahajud bersama-sama.

Suami perlu ringankan tulang untuk membantu isteri. Kalau boleh, berebut-rebutlah untuk melakukan tugas seorang isteri di rumah. Makan bersama dengan isteri dan anak-anak sebagai tanda kasih sayang. Rajinkanlah mulut mengucapkan terima kasih dan pujian buat pasangan.

Jika kita boleh memberikan layanan yang baik kepada orang luar, takkan pada isteri sendiri tak boleh? Tidur bersama dan peluklah isteri. Belai dan dengarlah mereka bercerita.

Adakalanya bawalah isteri bercuti, berehat dan berdua-duaan. Dating dan buat habis romantik. Bawa isteri berdakwah dan belajar iman ilmu di jalan Allah. Jika ada ruang dan kesempatan, tiga bulan sekali pohonlah cuti 3 hari untuk bersama isteri tanpa anak-anak. Dalam setahun mesti luangkan cuti 10 hari bersama dengan isteri. Barulah bercinta macam 'giler'.

Bercinta biar sampai ke syurga. Belajarlah dan dekatilah agama Islam dan juga pada Allah. - Ebit Lew

5 Cara Mudah Ini Boleh Lembutkan Daging Atau Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit Jer!

Screen-Shot-2016-08-30-at-2-22-12-PM

Sumber: Wanista Oleh: Aimi Nordin

Buat kaum perempuan atau mak-mak yang nak masak mesti leceh nak tunggu daging atau ayam yang kita bekukan kat dalam peti sejuk jadi lembut sebelum boleh potong dan masak. Kadang-kadang tu belum balik lagi mak dah call suruh keluarkan rendam daging nak masak.

Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu anda perlu dua periuk jenis steel. Caranya:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut  menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu.

 

Taman Ini Bertukar Menjadi Tasik Pada Musim Panas, Musim Bunga

99byE9y

Gruner See atau “Green Lake” adalah sebuah tasik di Styria Austria yang terletak berhampiran dengan bandar Tragoss, betul-betul di kaki gunung Hochschwab.

Apa yang uniknya tentang tasik ini ialah ketika musim sejuk, kawasan ini akan kering sepenuhnya dan ia dijadikan sebagai sebuah taman daerah.

 Tetapi apabila suhu mula meningkat ketika musim bunga, ais dan salji di atas gunung mula mencair dan memenuhi kawasan rendah. Paras air meningkat dari satu ke dua meter di musim sejuk dan sebanyak 10 meter pada musim bunga atau awal musim panas.

Tempat unik ini turut menjadi tumpuan penyelam untuk meneroka fenomena yang jarang-jarang berlaku.

Gruner-See-styria3[2]

Gruner-See-styria12[2]

Gruner-See-styria4[3]

Gruner-See-styria13[2]

Gruner-See-styria17[5]

Gruner-See-styria15[5]

Gruner-See-styria6[2]

Gruner-See-styria2[5]

Sumber: huffingtonpost

Lepas dicerai talak satu, zila cari duit sendiri


Melalui laporan soal jawab ringkas di Utusan Online, portal Astro Gempak, bekas isteri kepada Along Cham iaitu Zila Seeron menjelaskan secara ringkas bahawa dia kini sedang memberi fokus mencari pendapatan sendiri.

Saya hendak kerja cari duit, hendak jaga anak. Saya tidak boleh bagi tahu (di mana saya bekerja). Saya kerja di pejabat, katanya. Selain itu dia juga berterima kasih kepada pihak media kerana mengambil berat.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron telah bercerai dengan Along pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Along dilaporkan mahu memfailkan cerai nusyuz kerana mendakwa isterinya keluar rumah ke kelab malam tanpa izin dirinya.

Selain itu, dalam masa yang sama Along pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu Zila memohon maaf kepada keluarganya terhadap cerita yang direka-reka oleh bekas isterinya itu. Apa pun, semoga Zila mahu pun Along dapat menempuhi fasa kehidupan ketika ini dan sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)




App untuk Monitor Berat Badan bagi yang Berdiet dan nak Kurus

Hai.

Time diet ni, camana korang monitor berat badan..
Tulis kat jurnal?
Tulis kat whiteboard?

Kaklong obvious la kan tulis kat blog (padahal takde orang pun baca. Haha)

Selain itu ada satu app Kaklong install kat phone untuk memudahkan lagi proses simpan data.

MONITOR YOUR WEIGHT APP
App ni percuma je..
Banyak lagi app lain yang hampir sama fungsinya, cuma Kaklong rasa selesa dengan app ni.

Kenapa?

1) Korang boleh waktu, berat dan tarikh mula; dan target berapa kilo korang nak capai pada tarikh berapa haribulan.. 
2) Dia juga tunjukkan statistik: berapa kilo dah korang turun setakat harini, berapa kilo lagi tinggal, lemak dlm badan ada berapa percent, bmi yang dikira secara automatik.
Pendek kata satu page ni je pun dah lengkap.

3) Setiap kali korang timbang berat, klik kat enter weight tu dan taip brape berat harini.
Dia akan rekodkan termasuk tarikh dan masa secara automatik.
Bar hijau tu ada penurunan.. Bar kuning tu berat dah naik.. Senang kan nak check.

Yang tulis 3 liter. 2.5 liter tu ialah note yang Kaklong tulis untuk ingat berapa banyak air Kaklong minum haritu.. Korang bole tulis note lain juga yang berkaitan contohnya berapa mini bersenam harini atau tulis reminder seperti "detox tea malam ni"

 3) Ada graf penurunan berat yang buat semangat berkobar2 nak kurus
Camni kan, nampak cam banyak je turun setiap hari.. PAdahal yg turun tu gram gram je. Huhuhu...
Tapi takpe, asalkan bole suntik semangat apa salahnya..^^

Bole juga tukar kepada biew bulanan..
MAcam ni.. Tapi tak berapa cantek la...

Kalo full view kurang syok..
Tengok ni.. SIkit sangat penurunannya.. Tak excited..
Kite tengok current view je la ya.. Syok sket.. hik hik..

4) Dan last sekali, bukan bole rekodkan berat badan sorang je, banyak orang pun bole.. Bole la korang setting utk 5 orang anak, atau setting korang suami isteri. Setting anak2 kucing pun bole, mana tau nak monitor berat badan depa.. Hohoho..

Sapa yang nak start diet tu jangan lupa tau app ni..
Jangan bimbang download je...


Pokok di Thailand Hasilkan Buah Berbentuk Badan Wanita.



Sebuah pokok di Thailand mempunyai bentuk buah yang sangat unik. Buah dari pokok tersebut berbentuk seperti tubuh seorang wanita.

Pokok yang diberi nama Nariphon itu tumbuh di hutan mitos Himaphan. Sejak dulu, pokok ini memang selalu menghasilkan buah berwarna hijau berbentuk tubuh wanita lengkap dengan kepala, mata, hidung, bibir, tangan dan kaki.





Menurut mitos di wilayah tersebut, pokok ini dicipta oleh Dewa Indra ketika salah satu tokoh paling terkenal dalam kepercayaan Buddha, Vessantara Jataka masih hidup bersama isteri dan kedua-dua anaknya. Apabila isteri Vessantara tengah berada di hutan mitos untuk mengumpul pelbagai jenis buah-buahan, ia diserang oleh pertapa yogis.

Dewa Indra pun mencipta 12 pokok Nariphon untuk menyelamatkan nyawa isteri Vessantara. Yogis kemudian mengambil dan memakan buah tersebut. Ia lalu tertidur hingga empat bulan lamanya. Tidak hanya itu saja, kekuatan yogis kemudian menghilang.

Cerita rakyat itulah yang sampai saat ini dipercaya masyarakat sekitar tentang asal keunikan bentuk buah Nariphon. Hal itu juga disokong dengan belum ada penjelasan ilmiah tentang bentuk dari buah tersebut.

Berang di tengking pengantin perempuan 15 minit selepas akad nikah lelaki ini lafaz cerai talak 3

akad%2Bnikah.jpg

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

“Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!”

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

“Apsal tak cukup RM1,000?” tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!”

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,
“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.


Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke? -Boii Amani Hashim

MENGEJUTKAN !! Ingatkan Lelaki Ini MENGANDUNG !! Tapi Tak Sangka , Apa Yang Ada Didalam Perut LELAKI Ni Sebenarnya.......

MENGEJUTKAN !! Ingatkan Lelaki Ini MENGANDUNG !! Tapi Tak Sangka , Apa Yang Ada Didalam Perut LELAKI Ni Sebenarnya.......

MENGEJUTKAN !! Ingatkan Lelaki Ini MENGANDUNG !! Tapi Tak Sangka , Apa Yang Ada Didalam Perut LELAKI Ni Sebenarnya.......

MENGEJUTKAN !! Ingatkan Lelaki Ini MENGANDUNG !! Tapi Tak Sangka , Apa Yang Ada Didalam Perut LELAKI Ni Sebenarnya.......

MENGEJUTKAN !! Ingatkan Lelaki Ini MENGANDUNG !! Tapi Tak Sangka , Apa Yang Ada Didalam Perut LELAKI Ni Sebenarnya.......

IMG_20160528_130258.JPG

IMG_20160528_130314.JPG

IMG_20160528_130341.JPG


S4zpmWY.jpg

Suami belasah isteri sampai mati, tapi lepas dia baca diari isterinya ni, dia menyesal seumur hidupnya

Suami Belasah Isteri Sampai Mati, Tapi Lepas Dia Baca Diari Isterinya Ni, Dia MENYESAL Seumur Hidupnya

Suami Belasah Isteri Sampai Mati, Tapi Lepas Dia Baca Diari Isterinya Ni, Dia MENYESAL Seumur Hidupnya

Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.”Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pd Nisa.



Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.

Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran .”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar “Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. “Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa pada Zakri .

“Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa “Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi. “Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. “Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri. “Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa. “Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

“Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri. “Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan “kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti”desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker”marah Zakri. “Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. “YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. ..”Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je…..”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. “Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. “Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia”cetus hati Azlan.

“Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri. “Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba. “Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri. “Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri .”panggilan kecemasan dari Doktor Johari “Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang”…tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. “Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan. “Hah, tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri. “Alah jom ler cepat” desak Zakri.

“Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya.. …Zakri hanya diam….”YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…

“Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…”YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering….membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan … Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa….tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.



Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

“Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan …YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

“YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa..

Sumber: penbirudotcomoffcail

Lepas Viral Surat Dai Wan, Ini RESPONS Terkini Uqasha Senrose...Memang Tak Dijangka !



Bukan mudah sebenarnya untuk tampil kepada orang ramai dan mengakui sudah membuka hijab, Uqasha Senrose sememangnya menerima kecaman yang cukup hebat dari setiap sudut.
Redha dengan segala yang berlaku apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung lagi, Uqasha bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah ingin mencetuskan kontroversi.

Ini respons terkini Uqasha lepas viral isu beliau tidak lagi bertudung:

Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat.

Uqasha akui ia bukanlah satu perkara yang harus dicontohi tetapi siapa tahu mungkin pada masa hadapan pintu hatinya benar-benar terbuka dengan ikhlas untuk menutup aurat.

Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung.
Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan.

Ya Allah ! Tak Sanggup Tengok. Tabahkanlah Adik Ni. Hilang Segalanya Dalam Sekelip Mata. Jangan Abaikan Adik Ini Tanpa Komen Amin ?.


KUALA BERANG: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. "Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Hanya anak bongsu lima sekeluarga yang ditemui lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, selamat dalam kejadian kira-kira 10 pagi, hari ini.

Mohd Hasif, 9, selamat kerana sedang bermain pasir di tepi air terjun itu ketika kejadian.

Dalam kejadian itu, suami isteri dan tiga anak perempuan mereka ditemui lemas.

Kesemua mayat ditemui antara 12.17 hingga 12.37 tengah hari oleh orang awam dan Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Halim Samian, 44; Nurul 'Adila @ Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.

Keluara berkenaan dipercayai menetap di Puncak Alam, Selangor.

Mereka pulang bercuti di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum pergi ke kawasan air terjun itu.

Pegawai Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata pihaknya terima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba Kuala Berang dan Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

"Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," katanya. Difahamkan keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, Selangor, pulang bercuti di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan. 

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof berkata, mayat kelima-lima mangsa ditemui secara berperingkat oleh anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dengan mayat terakhir ditemui jam 12.37 tengah hari. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.-BH