Lek Lu

Tuesday 23 August 2016

ANAK PEREMPUAN MAHATHIR MARAH KERANA POLIS TANGKAP NAWAWEE DAN TUNDUK KEPADA DESAKAN PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA!!!


Anak perempuan Mahathir yang seringkali dikatakan oleh Mahathir 'mempunyai fikirannya sendiri' dbukan kerana didikan, begitu marah apabila Namewe atau nama sebenarnya Wee Chee Meng ditangkap sejurus mendarat dari Taiwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selain direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas 4 buah NGO membuat laporan berhubung pengeluaran dan penyiaran klip video muzik terbaharunya yang dikatakan menghina setiap agama di Malaysia.

Kata anak perempuan Mahathir, apa salahnya dengan sebuah klip video sebaliknya kata Marina Mahathir, tindakan polis itu adalah ekstrim dan besar kemungkinan hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat Islam yang terlebih sensitif.

Menurutnya lagi, golongan sepertinya yang menyokong prinsip menghentam Islam dan umat Islam tetapi amat membela jikalau umat Islam membela Islam, tidak boleh tunduk kepada golongan yang sentiasa mencari salah orang lain. (RUJUK SINI)

Bagi Marina, umat Islam di negara ini tidak mempunyai iman yang teguh sebaliknya terlalu takut dengan lambang salib pada atap, atau DNA babi di dalam cokelat. Marina mencemuh sikap umat Islam di negara ini yang malu untuk mengakui kelemahan iman mereka dan perlu mendapatkan perlindungan daripada undang-undang pada sepanjang masa.

Mengkritik penangkapan dan penahanan Namewee, Marina Mahathir berkata, Namewee tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa. Pihak berkuasa perlu menonton klip video tersebut lebih terperinci dan mengenalpasti undang-undang mana yang telah dilanggarnya. 

"Hanya kerana segelintir orang berasa tersinggung, tidak bermakna ianya adalah satu jenayah," katanya.

Marina bagaimanapun, mengakui belum menonton klip video itu lagi.

Bagi para pengikut dan pemuja Mahathir, perlu sangatlah mendengar kata-kata nasihat Marina Mahathir ini. Islam dan umatnya adalah untuk dihentam, tetapi yang menghina dan melakukan provokasi ke atas Islam dan umatnya perlu dibiarkan kerana itulah kebebasan bersuara. 

Kebebasan bersuara gaya puak ZINDIQ yang menyamar sebagai orang Islam!!!

No comments:
Write comments