Lek Lu

Wednesday 24 August 2016

Ini Tanda-Tanda Yang Anda Kurang Minum Air

water

Minum air secukupnya untuk memastikan tubuh badan sihat.

Tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurangnya 8-10 gelas air masak sehari. Ianya penting untuk mengelakkan tubuh anda daripada dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan).

Berikut merupakan tanda-tanda anda kekurangan air dalam badan:

1. Tak kerap buang air kecil

Menurut kajian, setiap individu yang sihat akan membuang air kecil sebayak 6-7 kali sehari. Sekiranya anda buang air kecil kurang dari 2-3 kali sehari, kemungkinan besar anda kekurangan air.  Kurang air dalam badan boleh mnjejaskan buah pinggang.

2. Kulit kering

Jika kulit anda kering dan kasar itu menunjukkan anda kekurangan air. Dah sapu losyen tapi masih lagi tiada perubahan, sila pergi minum air.

3. Pening Kepala

Mudah sakit kepala? Itu juga antara salah satu tanda yang anda kurang minum air

4. Bibir Kering

Banyak ulser dalam mulut dan bibir sentiasa kering, itu tandanya anda perlu minum air segera. 

5. Warna Air kencing Kekuningan

Selalunya air kencing digunakan untuk mengetahui status kesihatan. Melalui warna, bau dan ketumpatan air kencing boleh beri pelbagai tanda, sama ada anda sihat atau sebaliknya. Warna putih atau ‘clear’ bermakna anda sihat, sekiranya air kencing anda kekuningan itu menunjukkan badan anda memerlukan air.

No comments:
Write comments