Lek Lu

Monday 29 February 2016

TAK SANGKA INILAH ADIK PEREMPUAN MIRA FILZAH YANG CUN MELECUN


12592324_1044165865605157_80664987423721








Semua cantik-cantik belaka

12736203_1019332764803428_1555549574_n.j

























Saoirse Ronan Is Wearing Two Different Earrings, Like a Cool-Ass Mrs. Frizzle


Best Actress Nominee for Brooklyn and Officially-Sanctioned Fun-Seeming Lady Saoirse Ronan is all up at the Oscars in a plunging neckline, Ireland-honoring emerald green, and two different earrings. What? Yes.
The earrings are mirror images (this is the Academy Awards, people), but one is white and one is green, two shades that science has proven are not the same color. Does it look cool? Of course it does. Saorise, come to the real Brooklyn, we'll ruin an Irish bar.

RAMAI TAK PERASAN 5 PERKARA PELIK INI BERLAKU DI AME2016 SEHINGGA

Ramai Tak Perasan 5 Perkara Pelik Ini Berlaku Di #AME2016 Sehingga Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2016 atau AME2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Anugerah anjuran Astro dan Era FM ini mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
AME2016-main


Dah nama pun acara penyampaian anugerah, tak sah kalau tak ada benda-benda yang menarik perhatian yang berlaku, kan? Disini kami sediakan 5 highlight menarik AME2016 buat tatapan anda. Jom ushar sama-sama!

1. Tema Glamour Futuristic!

futuristik

futuristiknabil

Screenshot-2016-02-29-11.21.44-1

Screenshot-2016-02-29-10.53.14

af-futiristic-1

defam-futuristik
AME 2016 bertemakan Glamour Futuristic dengan tagline Satu Malam, Seribu Senyuman. Bukan main sakan artis-artis ni bergaya ikut tema! Korang rasa, cantik ke pelik?

2. Akim Dan Stacy Pengantin Baru Paling Sweet!

Screenshot-2016-02-29-11.22.38


Dengan inai yang masih kemerahan di jari masing-masing, kemanisan pengantin baru ini terbawa-bawa sampai ke atas pentas AME2016!
Semasa berduet menyanyikan lagu Pelangi Senja dengan Stacy, Akim tanpa sengaja terlanggar bahu isterinya lalu secara spontan terus memeluk Stacy.
Gelagat romantik Akim-Stacy di atas pentas ternyata menarik perhatian para peminat. Sweet tahap potong kaki!
Screenshot-2016-02-29-12.27.53
Screenshot-2016-02-29-11.57.22
Screenshot-2016-02-29-11.57.35

3. Ayda Jebat Tumpaskan Dato Siti!

Screenshot-2016-02-29-12.44.13
Wah, Ayda Jebat menang besar malam tadi! Gadis genit ini merangkul 5 trofi kemenangan termasuk anugerah utama, iaitu Top Top MeleTOP (wanita), Pemyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP.

Screenshot-2016-02-29-12.44.37

Ternyata lagu Bukan Diriku serta drama MAID membawa tuah kepada Ayda. Sampai jatuh air mata si kenid ni masa bagi ucapan ambil anugerah!
Tapi dalam kegembiraannya itu, Ayda dikritik hebat oleh netizen yang tidak puas hati dengan kemenangannya. Dia juga dipertikaikan kerana menumpaskan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza!
1-17
4-4
5-2
Screenshot-2016-02-29-12.48.33
Screenshot-2016-02-29-12.48.42
Screenshot-2016-02-29-12.49.14
7-2
Apa pun, peminat-peminat Ayda Jebat dah jalankan tugas dengan baik sampai artis kesayangan mereka ni bolot 5 anugerah di AME2016 malam tadi. Tahniah AJ Screamers!

4. Neelofa Rapping

Neelofa bukan sahaja bertindak sebagai salah seorang hos AME2016, malah dia mengejutkan penonton dengan persembahan nyanyian bergenre rap setelah dicabar oleh AC Mizal!
Screenshot-2016-02-29-15.27.47

Persembahan Neelofa itu bukan sahaja menarik perhatian peminat dari kalangan orang awam, tetapi juga artis Hip Hop dengan nama jolokan The Prince of Damansara, Caprice!Semangat Caprice minta video nyanyian Neelofa nak hantar kat satu kampung!

5. Nora Komen Isu Auto Tune Artis Baru

Screen-Shot-2016-02-29-at-3.24.39-PM-1
Sebenarnya ramai juga yang komen persembahan artis baru yang menyanyi live di AME2016 semalam sumbang dan sangat lain dengan versi rakaman studio. Tup tup, penyanyi senior bersuara merdu, Nora Ariffin pun bersuara pasal isu auto tune ni!

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2016

DRAMA MELETOP: M.A.I.D
ARTIS LAWAK MELETOP: Johan
HOS MELETOP: Dato AC Mizal
PELAKON MELETOP: Ayda Jebat
PROGRAM MELETOP: Gegar Vaganza 2015
LAGU MELETOP: Ayda Jebat Siapa Diriku
PENYANYI MELETOP: Ayda Jebat
GRUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret
PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan
PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi Era
FILEM MELETOP: Polis Evo
BINTANG FILEM MELETOP: Zizan Razak
ARTIS BAHARU MELETOP: Mira Filzah
BINTANG ONLINE MELETOP: Datuk Siti Nurhaliza
COUPLE MELETOP: Johan dan Ozlyn
FESYEN MELETOP: Datuk AC Mizal

PANAS KOMEN BERANI MATI AZWAN ALI BUAT ANUGERAH MELETOP ERA MALAM TADI MEMANG MENGUNDANG KEMARAHAN NETIZEN

PANAS! KOMEN Berani Mati Azwan Ali Buat Anugerah Meletop Era Malam Tadi ! Memang CARI NAHAS !

2.jpg

3.jpg
4.jpg

5.jpg

Sumber: superkiram

Sunday 28 February 2016

Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”


During the press conference to announce NOKIA being acquired by Microsoft, Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”. Upon saying that, all his management team, himself included, teared sadly.
Nokia has been a respectable company. They didn’t do anything wrong in their business, however, the world changed too fast. Their opponents were too powerful.
They missed out on learning, they missed out on changing, and thus they lost the opportunity at hand to make it big. Not only did they miss the opportunity to earn big money, they lost their chance of survival.
The message of this story is, if you don’t change, you shall be removed from the competition.

It’s not wrong if you don’t want to learn new things. However, if your thoughts and mindset cannot catch up with time, you will be eliminated.

Conclusion:
1. The advantage you have yesterday, will be replaced by the trends of tomorrow. You don’t have to do anything wrong, as long as your competitors catch the wave and do it RIGHT, you can lose out and fail.
  1. To change and improve yourself is giving yourself a second chance. To be forced by others to change, is like being discarded.
Those who refuse to learn & improve, will definitely one day become redundant & not relevant to the industry. They will learn the lesson in a hard & expensive way.













PATUTLAH MAHAL SANGAT TUDUNG CECAH HARGA RM5700 INI PENJELASAN SEBENAR BAWAL EXCLUSIVE MENGAPA HARGANYA MAHAL





Tudung%252520Bawal%252520RM5K.pngPatutlah Mahal Sangat! Tudung Cecah Harga RM5700, Ini Penjelasan Sebenar Bawal Exclusive Mengapa Harganya MAHAL. Mohon semua wanita jgn kutuk Bawal dulu sebelum baca penjelasan ini.




Baru-baru ini, viral gambar-gambar tudung bawal eksklusif yang dijual dengan harga ribu riban oleh Bawal Exclusive di media sosial. Mana tidaknya, harga jualan sehelai bawal eksklusif saja mencecah hampir RM5,732!
Penetapan harga yang mahal itu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mengatakan tudung tersebut kalis api neraka, kena tembak tak mati, install aircond dan sebagainya.
Bagaimanapun, pihak Bawal Exclusive tampil membuat penjelasan melalui laman Facebook rasmi mereka.
Kenapa Tudung Bawal Exclusive Mahal?
Ini kerana semua bahannya diimport. Manakala buatan dan ciptaannya pula adalah hasil dari anak tempatan.
Kain Japan Voile, batu kristal Swarovski, pada mereka yang kenal barangan Swarovski, harga yang kami tawarkan sememangnya berbaloi. Kami cuma menyediakan pilihan dari harga serendah RM45,60 hingga cecah ribuan ringgit. Bergantung kepada jumlah kristal yang kami gunakan, memetik kenyataan itu.

Tudung%252520Bawal%252520Exclusive%25252



Tambahnya lagi, Bawal Exclusive telah beroperasi selama 19 tahun, namun belum pernah memaksa sesiapa pun untuk membeli produk mereka.
Sepanjang 19 tahun perniagaan, belum pernah kami memaksa sesiapa beli produk kami. Malah, jika terbeli dan tidak berpuas hati dengan produk kami, wang akan dipulangkan 100%, katanya.
Justeru, pihak Bawal Exclusive menyarankan mana-mana individu yang tidak pernah menggunakan tudung jenama Bawal Exclusive, boleh cuba beli tudung bawal dengan harga serendah RM45.60.
Apabila mereka pakai, basuh dan pakai lagi, baru mereka akan tahu kenapa tudung Bawal Exclusive ini mahal harganya. Pendek kata, pakai dulu baru tahu, katanya.

Apa Itu Kristal Swarovski?
Kristal swarovski adalah kristal yang di hasilkan di Austria. Ia bukanlah dihasilkan melalui alam semulajadi tetapi hasil dari buatan manusia. Nama swarovski sendiri diambil dari Daniel Swarovski, pembuat formula kristal ini.
Kualiti tersendiri yang dihasilkan daripada kristal ini menjadikan ia lebih mahal. Kesempurnaan dalam cutting dan polishing menjadikan kristal Swarovski lebih bernilai daripada yang lain.
Sumber:Infokini









BERIKUT ADALAH 12 SELEBRITI MALAYSIA YANG BERPENDIDIKAN TINGGI KEPUTUSAN AMIR PALING MENGEJUTKAN

Berikut Adalah 12 Selebriti Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi. Keputusan Amir Paling Mengejutkan!!
Korang jangan pandang rendah kat Amir ni.. korg x tgk lagi SPM die,,,
Screenshot_1.jpg
Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!

Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani
Pelakon Istanbul, Aku Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami
Selepas bekas peserta Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman
Pelakon Keluarga Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

Amir rajalawak tidak diketahui keputusan peperiksaannya.. admin pasti beliau juga mempunyai keputusan yang cemerlang ketika di bangku sekolah dulu! kipidap AMIR!!

SEMOGA ARTIS LAIN TERMOTIVASI!!
Sumber: kainkembang

RED CARPET ANUGERAH MELETOP ERA 2016 YANG SANGAT ANEH DUA ARTIS NI DAH KENAPA SAMPAI NAMPAK KESAN2 TU

10 FOTO Red Carpet Anugerah Meletop Era 2016 Yang Sangat Aneh!!!Pasti anda Tekejut.Dah La X Cukup Kain

NN.jpg

Penggiat seni atau selebriti hiburan tanah air yang bakal memenangi setiap kategori dipertandingkan dalam Anugerah Meletop ERA (AME 2016) di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur akan diketahui pada malam kemuncak penganugerahan itu, Ahad 28 Februari 2016 Anugerah MeleTOP ERA 2016 menyaksikan sebanyak 18 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio, tiga kategori muzik serta kategori tambahan Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) Senarai lima calon (TOP 5) akhir untuk 16 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian orang ramai

NNN.jpg
sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 17 Disember 2015 hingga 15 Januari 2016 Manakala bagi pemenang untuk kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) pula ditentukan berdasarkan selebriti lelaki dan selebriti wanita yang menerima jumlah undian tertinggi dalam kalangan lima calon terbaik dalam setiap kategori yang dipetandingkan Jumlah keseluruhan kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Meletop ERA tahun 2016 adalah sebanyak 18 buah kategori Menariknya, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu

nnnnnn.jpg

Bakar (KJ) turut tercalon dalam lima terbaik Anugerah MeleTOP Era 2016 untuk kategori Bintang Online MeleTOP Hadiah Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2016 Pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah MeleTOP ERA akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro KEPUTUSAN RASMI DAN PENUH PEMENANG AME 2016 ANUGERAH MELETOP ERA Berikut adalah senarai keputusan penuh dan rasmi bagi pemenang Anugerah Meletop ERA (AME) yang akan kemaskini sepanjang siaran penganugerahan berlangsung

37- Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2016 - ROTIKAYA
26- Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2016 - ROTIKAYA

Sumber: eberitamalaysiakini

TARIKH AKHIR HANTAR BORANG CUKAI E-FILING 2016 LHDN

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filing 2016 LHDN

Tarikh akhir hantar borang cukai e-Filing 2016 LHDN secara online. Bagi borang E, tarikh tutup penghantaran borang secara online menerusi e-Filling adalah pada 31 Mac 2016. Borang BE (nyata individu) dan BT (individu permastautin) tutup pada 30 April 2016. Manakala borang B,P, M, MT, dan TF akan ditutup pada 30 Jun 2016. Seperti sedia maklum, eFiling adalah aplikasi yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang  Nyata  Cukai  Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet. Berikut adalah tarikh penting untuk makluman atau panduan pembayar cukai mengemukakan borang BNCP.
e-filling-LHDN-2016

Source: Melvister

Saturday 27 February 2016

WAKTU TEPAT FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA 9 MAC 2016 MENGIKUT NEGERI

gerhana

Waktu Tepat Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 Mengikut Negeri|Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.
Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Waktu Kejadian
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan hilang sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
korr
Semenanjung Malaysia
Kangar 8.25 pagi (67%)
Kuah 8.25 pagi (67%)
Alor Setar 8.25 pagi (68%)
Georgetown 8.25 pagi (70%)
Ipoh 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur 8.24 pagi (79%)
Shah Alam 8.24 pagi (79%)
Putrajaya 8.24 pagi (80%)
Seremban 8.24 pagi (81%)
Melaka 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu 8.24 pagi (86%)
Kuantan 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu 8.26 pagi (68%)
Sabah & Sarawak
Kuching 8.29 pagi (87%)
Sibu 8.31 pagi (85%)
Bintulu 8.33 pagi (82%)
Miri 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu 8.40 pagi (73%)
Sandakan 8.42 pagi (75%)
Tawau 8.41 pagi (81%)
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019. Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.
Sumber: penhijaudaun

1.5 Juta Mat Bangla. Sudah Tiba Masanya Ibubapa Ubah Mentaliti Anak-Anak

mat-bangla-8


Hari ini, anak-anak muda semuanya suka ke luar negara mengembara. Menghabiskan wang yang ada dan memberitahu semuanya tentang perjalanan dan keindahan pengalaman.
Sedang waktu itu bapak-bapak menteri berusaha membawa 1.5 juta rakyat dari negara Bangladesh untuk dimasukkan ke negara ini dan akan menjadi tenaga kerja kepada kita semua.
Pada sekitar 1990-an, berlaku satu kebangkitan di seluruh negara. Tumbuh bagai cendawan university dan kolej-kolej untuk membantu anak-anak yang lahir sekitar tahun 70-an dan keatas.
Perubahan arus akademik yang dipelopori oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) waktu itu (Menteri Pendidikan 1986-1991) banyak memberi manfaat kepada rakyat.
Walaupun jawatannya selepas itu bertukar tangan kepada Datuk Amar Dr. Sulaiman Bin Haji Daud, DSAI tetap terus membawa arus pendidikan dan pelajaran kepada anak muda.
Idea yang diberikan untuk mensiswakan belia dan remaja sememangnya menjadi sehingga kini. Tampuk jawatan itu bertukar tangan beberapa kali, hinggalah ke Dato Seri Najib (kini Perdana Menteri) dan jika kawan-kawan perhatikan, tumbuhnya kolej-kolej selepas itu sememangnya sangat laju.
Ibu bapa akan bergembira anak-anak dengan memasuki ruang dan tempat di university dan kolej. Wajib. Jika tidak, akan berlaku polemic ‘orang bodoh’ di kalangan masyarakat.
Menguniversitikan anak-anak menyebabkan hampir semua ahli keluarga mempunyai sijil, diploma, master dan ijazah kedoktoran.
Jika zaman saya membesar dulu, satu kampung ada seorang yang bergelar doktor, sudah cukup membanggakan hingga beberapa tahun. Sungguh. Kini tidak, sana sini semuanya ada.
Bagi yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke university, akan ada pusat-pusat kemahiran yang disediakan. Banyak. Boleh jadi tukang, chef, dan macam-macam lagi. Semua ada.
Tetapi, mengapa kerja-kerja buruh dan kerja yang digelar ‘kotor’ masih ada tidak bertampung di negara kita sendiri? Pelik juga kan?
Kita sendiri yang mengakui perkara ini dengan membawa anak-anak masuk ke university dan memandaikan anak-anak. Hasilnya anak-anak kita semua pandai pada sijil, tidak pada kemahiran. Lebih banyak ber-egois dengan ilmu tetapi tidak pada amal.
Saya masih ingat semasa menjalankan temuduga untuk membawa operator masuk ke kilang kami di Kuala Lipis satu masa lalu, seorang pemuda datang menghadiri temuduga.
Beliau baru sahaja habis SPM dan akan menanti keputusan keluar. Oleh yang demikian, mahu bekerja sebentar. Semasa temuduga, beliau pula yang bertanya saya berjawatan apa.
Saya jawab, saya kerani. Katanya lagi, jika nanti dia sudah pun dapat tawaran ke university dan mahu masuk kembali ke kilang ini, dia akan jadi bos saya.
Dengan tegas dia katakan sebegitu. Saya berikan kepadanya senyum paling manis di Kuala Lipis dan menghampakan dirinya untuk masuk ke kilang kami atas tiket pekerja. No way.
Baru hendak masuk ke university, anak-anak kita sudah pandai menjadi bos. Adakah mudah untuk kita kawal sekiranya mereka ini akan jadi pekerja kita? Oh tidak.
Tak usah salahkan Pak Menteri, kawan. Mereka memang jelek pun. Tetapi, kita juga perlu ubah diri kita. Masa pilihanraya nanti, kita jadi bos kepada semua Pak-Pak Menteri ini, kita tentukan dengan undi.
Bab nak tunggu di Padang Masyar tu pun sudah nampak sibuknya nak jadi bos, lupa yang di hadapan Tuhan nanti, mereka yang berjawatan ini antara yang paling akhir di hisab.
Kau tengoklah rakyat menjeling kau orang dengan senyum senget ala Jalaludin Hassan dan menuju ke syurga Tuhan dengan paling bergaya.
mat-bangla-7
Kawan-kawan,
Kita masih sempat untuk ajar anak-anak untuk mula dari bawah. Bukan mengejar-ngejar jawatan dan sibuk mahu menjadi bos. Mula dari A tetap akan berakhir dengan Z, walaupun kau langkah dengan mula dari N, O, W, bagai.
Tak apalah, jika mereka mahu kejar semua itu, kita yang masih boleh lakukan ini, buatlah sebegitu.
Masa anak kecil, ajar, asuh dan didih anak bermula dari dapur. Laman rumah, buang sampah, basuh tandas dan sebagainya. Ajar bukan suruh, buat sama-sama.
Emak saya antara yang mengajar kami adik beradik perkara di dapur, waima jenis-jenis sabun untuk membasuh kain dan mencuci tandas. Semua diajarnya tanpa suruh.
Ada beza dengan beri arahan, suruh dan didik. Jika ibu bapa kerap memberi arahan, anak-anak akan timbul rasa untuk menjadi pengarah dan pengurus. Ia timbul secara semulajadi.
Jika ia dibuat bersama-sama, maka ia akan jadi perkara menarik untuk dilakukan tanpa arahan, kata orang putihnya teamwork. Nampak sahaja ada sampah, terus buang, nampak sahaja tandas kotor, terus cuci.
Inilah yang perlu ada di setiap seorang anak-anak kita. Bukan bersaing, tapi saling melengkapi.
Yang jelik dan dari pandangan itu nampak kotor, akhirnya menjadi sebati dan ia boleh jadi disiplin diri. Jadi tak ada isu mahu mula dari bawah, masa tunggu SPM, boleh kerja di kedai runcit, cuci longkang, tukang kebun dan bermacam lagi.
Macam Abang K yang digelar Bapa Brownies Kebangsaan tu, masa SPM dia sempat jual nasi lemak, kemudian kerja McD hingga kena baling dengan McChiken oleh seorang pelanggan Arab sebab tak faham dia nak apa. Kah kah kah. Dulu tak boikot lagi okeh. Sekarang tak pergi dah. Kikikiki.
Masa di U pula ambil upah potong ayam dan kerja di syarikat katering untuk dapat beli buku dan tampung duit belajar. Begitulah. Cewah, nak jugak riak takbur.
Zaman ibu bapa kita dulu, mereka mahu kita jadi bos disebabkan zaman mereka susah. Tak mahu lagi anak-anak ini ikut jadi kuli hingga teruk kurus dan hilang kacak.
Maka mereka hantar kita belajar tinggi-tinggi dengan perah segala duit dan tenaga. Bila kita dah berjaya di Menara gading, kita mula dari bawah. Rasai nikmat mencari rezeki dengan mula dari duit yang sedikit. Insya-Allah masa sudah banyak nanti, akan lebih mudah merasa cukup.
Kawan-kawan, kita masih sempat untuk membuat semua ini.
Mereka tetap datang ke negara ini. Usah gusar, mereka juga manusia. Buat masa ini, kita terima mereka dan jika ada di kilang yang sama, santunilah mereka dengan baik. Buat kawan pun bagus. Muka pun dah lebih kurang, kahkahkah.
Walau tak tahan bau mereka, kena tahan. Walau mereka semakin ramai, kena terima. Walau mereka suka kasi sinyum manis, kena balas senyum. Apa nak buat, mereka tetap datang.
Jika mahu mengembara dan melihat ramainya bangsa, tak perlu lagi ke luar. Dah boleh berjimat, manalah tahu satu hari nanti Pramugara Pramugari kita pun dari negara lain, kuakuakua. Kini semua ada di negara kita. Tahniah Malaysia. Negara 1,000 bangsa.
Masa untuk kita kembali ubah diri kita sendiri.
Khairul Hakimin. Muhammad
Bapa Pembangunan Brownies Melayu-India.