Lek Lu

Sunday 31 July 2016

Bunyi Memang Tak Masuk Akal Tapi Ini Peraturan Yang Switzerland Buat Kalau Nak Bela Binatang

article-0-08EF5D0A000005DC-259_468x337

Pihak berkuasa Switzerland telah menetapkan bilangan minuman untuk sesetengah haiwan peliharaan. Kini adalah menjadi satu kesalahan di Switzerland untuk memelihara ikan emas jika bilangannya kurang dari dua ekor. 

Difahamkan, undang-undang baru itu diperkenalkan kerana ikan merupakan haiwan yang hidup berkumpulan dan ia dikira sebagai satu penganiayaan sekiranya ia tidak hidup dalam kawanan.

Undang-undang tersebut bukan saja tertakluk untuk ikan emas sahaja, binatang peliharan lain juga termasuk dalam peraturan baru itu.

Rakyat Switzerland yang ingin membela kucing mahupun anjing juga perlu mengambil kursus bagi menjalani latihan berkaitan haiwan peliharaan mereka.

Walaupun undang-undang baru ini kedengaran sedikit aneh namun ada baiknya juga mereka membuat peraturan seperti ini.  Apa komen anda?

Sumber: mynewshub

Kalau Rasa Tutup Semua Aplikasi Jimatkan Bateri Smartphone, Anda Silap Besar!

menu2
Sumber: Says & Cnet Oleh: Aimi Nordin
Ramai antara kita yang gunakan smartphone mesti sangka dengan tutup semua aplikasi yang kita guna boleh jimatkan bateri terutama sekali bila bateri dah nyawa-nyawa ikan je kan? Tak kisah lah korang guna Android mahupun iOS, sebenarnya dengan cara macam tu korang tak save pun bateri korang tapi buatkan ia jadi lagi teruk.

Perasan tak kalau korang tak tutup apps tu bila nak buka laju je. Tapi bila korang tutup dia ambil masa nak load dulu dari mula yang sebenarnya buat bateri lagi cepat habis.

Seorang pengguna Apple email CEO Apple dan tanya pasal ni. Tgk apa Tim Cook jawab: 

iphone-1

iphone2

screen-shot-2016-07-27-at-11-13-58-am

menu1

menu2

loq

doze

Tahukah Anda Ais Batu Boleh Merawat Kecantikan Kulit Muka?

screen-shot-2016-07-29-at-12-50-03-pm

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB  Tips Muka Cantik Tanpa Jerawat

Tahukah anda ais batu sebenarnya banyak maanfaat terhadap kulit wajah kita? Bukan sekadar digunakan untuk menyejukkan minuman dan sebagainya, tapi ais batu juga boleh mencantikkan wajah anda dan juga dapat merawat masalah jerawat di kulit muka. Sebuah perkongsian dari facebook Tips muka cantik tanpa jerawat ini ada  menyediakan manfaat yang diperoleh menerusi ais batu ini. Jom baca!

screen-shot-2016-07-29-at-12-49-45-pm screen-shot-2016-07-29-at-12-49-56-pm

Saturday 30 July 2016

Di Ugut Santau Gara-Gara Tidak Balas Mesej Di Facebook

fb00_2814550a

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Twitter.

Cinta alam maya bukan lagi perkara aneh di zaman berteknologi tinggi ini. Ramai lelaki dan perempuan bertemu jodoh dan berkenalan hanya melalui media sosial.  Tetapi kadang kita terlupa yang akan ada sentiasa ada manusia yang kurang jujur dan dan suka mengambil kesempatan atas kita. Oleh itu, langkah berjaga-jaga sepertu menggunakan set akaun “privacy” bagi menjamin keselamatan diri sendiri.

Disini kami ingin kongsikan sebuah kisah dimana seorang remaja perempuan diugut santau gara – gara tidak membalas dan melayan karenah orang yang menghantar mesej kepadanya.

a c d

Semudah Ni Je Ke Nak Buat Kunci Pendua, Biar Betul?

kunci

Sumber: Littlethings Oleh: Aimi Nordin

Rasanya semua orang pernah lalui pengalaman di mana kita terlupa bawa kunci pendua atau kunci spare. Kunci original kat orang lain, kunci spare pula tak cukup. Nak pergi duplicate asyik tangguh-tangguh je lepas tu mahal pula. Haa macam-macam hal kan?

Takpe, sekarang ni ada cara mudah dan murah macam mana korang boleh buat kunci spare sendiri guna barang yang ada dalam rumah je.

  • Bakar kunci asal atas api.
  • Sebaik sahaja kunci dah nampak salutan hitam, letakkan di suatu tempat selamat dan biarkan sejuk
  • Ambil jalur pita dan letakkannya di atas kekunci untuk membuat cetakan.
  • Cabut pita dengan berhati-hati
  • Tanggalkan tudung tin makanan dan meletakkan ia di atas meja.
  • Lekat pita pada tudung.
  • Guna gunting tajam dan berhati-hati potong kunci dan jadikannya setepat yang mungkin
  • Atau tengok je video kat bawah ni:

[Video] 3 Tahun Tak Jumpa, Berat Badan Pun Dah Susut 20kg. Lihat Bagaimana Lelaki Ini ‘Kenakan’ Ibu Bapanya

Screen Shot 2016-07-31 at 11.58.15 AM

3 tahun terpisah dengan keluarga kerana menuntut di luar negara. Malah, berat badannya juga sudah susut sebanyak 20kg. Jadi lelaki ini memutuskan untuk membuat kejutan untuk kedua ibu-bapanya ketika pulang bertemu mereka.

Lihat bagaimana lelaki ini ‘kenakan’ ibu bapanya. Kelakar weh, comel pun iye juga.

ps: Apa pun, jangan haraplah kau dapat tipu ibu sendiri ok. HEHE!

Nak Kahwin Dulu Ke, Nak Beli Rumah Dulu?

Akad-Nikah-Ulang

Gambar hiasan.

Banyak benda yang perlu anda fikirkan sebelum mendirikan rumah tangga. Termasuklah nak beli rumah dulu ke, nak kahwin dulu. Yelah, rumah makin lama makin mahal, tak tahu nak menyimpan untuk kahwin atau beli rumah.

Mana satu yang patut diutamakan. Kahwin dulu atau beli je rumah dulu? Meh baca ni:

BUAT SIMPANAN BERSAMA

Screen Shot 2016-07-31 at 10.52.46 AMScreen Shot 2016-07-31 at 10.53.01 AM

MULA MENYIMPAN DARI MASA BUJANG LAGI

Screen Shot 2016-07-31 at 10.56.19 AM

BELILAH RUMAH JIKA ADA PELUANG

Screen Shot 2016-07-31 at 10.56.28 AM

Sumber: FB Harith Faisal

Billionair Cabar Anak Lelaki ‘Survive’ Sendiri Tanpa Guna Pengaruh Bapa Dengan Hanya RM 423

20_5

Sumber: Times of India Oleh: Aimi Nordin

Ini adalah cerita sebenar yang selalu ditunjukkan dalam drama dan filem iaitu di mana bapa seorang yang kaya paksa anak hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Seorang lelaki billionair dari Gujarat, India telah mencabar anaknya lakukan sesuatu yang mungkin tak disangka-sangka iaitu menyuruh anaknya hidup sendirian di Kochi kerana ingin mengajar anaknya bagaimana rasanya hidup susah dan miskin.

Lelaki tersebut bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan pemilik kepada syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai RM 3.6 billion.

Ada beberapa syarat yang dikenakan kepada anaknya Dravya, 21  yang sekarang sedang cuti semester dari mengambil MBA di Amerika Syarikat. Tiga syarat tersebut  adalah dia tak boleh langsung gunakan nama dan pengaruh ayahnya, tak boleh bekerja di sesuatu tempat lebih dari seminggu dan dia hanya boleh gunakan RM 423 yang diberi ayahnya untuk kecemasan sahaja.

“Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.”, kata Savji Dholakia semasa dihubungi Times of India.

Dugaan besar apabila berada di Kochi adalah mereka menggunakan bahasa Malayam dan Davya menggunakan bahasa Hindi.

“Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini.

“Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan”, kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.

Hasil titik peluh Dravya, dia berjaya mendapat RM 242 selama sebulan selepas bekerja di sebuah kilang roti, di sebuah pusat panggilan telefon , kedai kasut dan McDonalds.

“Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal”, kata Dravya yang berjaya menamatkan cabaran tersebut.

Ada Masalah Jerawat Teruk Di Muka, Wanita Ini Ada Tips Berguna Untuk Anda

screen-shot-2016-07-20-at-5-17-54-pm

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Sabrina Shuhaimi

Kes salah guna produk kecantikan memang tak asing bagi kaum wanita. Sebab tu orang cakap, jangan sewenangnya beli dan terus pakai. Kena periksa betul-betul samada sesuai ke tak dengan kulit muka korang. Viral di Facebook, apabila seorang wanita mengalami masalah kulit muka  yang teruk setelah berhenti memakai produk kecantikan tempatan. Apa yang penting, sampai ada kawan sanggup menjauhkan diri daripada wanita tersebut. Namun, seorang pengguna facebook iaitu Sabrina Shuhaimi pernah mengalami masalah jerawat teruk di muka ,dan wanita ini ada beri tips berguna untuk menghalang masalah jerawat di kulit muka. Mari baca.

screen-shot-2016-07-20-at-4-59-35-pm screen-shot-2016-07-20-at-4-59-52-pm screen-shot-2016-07-20-at-5-00-04-pm screen-shot-2016-07-20-at-5-00-17-pm

 

Friday 29 July 2016

Selain ‘Junk Food’, Jangan Suap Bayi Anda Dengan 6 Makanan Ini

“Sejak masuk 6 bulan ni, rasa ‘excited’ nak bagi baby makan macam-macam. Tapi, risau juga kalau-kalau ada makanan bayi tertentu yang perlu dielak. Maklumlah, anak kecil kan sensitif dan senang pula kena alergi. “

Memang teruja nak tengok reaksi anak kecil makan bermacam-macam jenis makanan. Kita pun semangat nak sediakan makanan bayi apabila mereka nampak berselera nak ‘baham’ apa saja yang disuapkan.

Tetapi, jika anak anda berusia bawah 1 tahun dan masih dalam proses memperkenalkan makanan kepadanya, cuba elakkan 6 makanan ini.

6 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH BAYI SELAIN ‘JUNK FOOD’

Umumnya, kita tentu tahu bahawa makanan diproses seperti ‘junk food’ dan biskut yang terlalu manis atau masin adalah tidak baik untuk bayi.

Namun, selain itu terdapat juga beberapa makanan organik yang tidak begitu sesuai untuk diperkenalkan sebagai makanan permulaan bayi.

 

Ini senarai makanan tersebut:

1. PUTIH TELUR

df

Tak sangka pula putih telur yang kita sangkakan kurang kolesterol dan selamat ini sebenarnya tidak sesuai diberikan sebagai makanan bayi yang berumur bawah setahun.

Menurut healthyeating.sfgate.com, putih telur mengandungi bahan alergenik dan cenderung menyebabkan alahan berupa ruam atau reaksi seperti kembung perut dan sembelit.

Sebagai tambahan, kebanyakan ahli peadiatrik bersetuju bahawa kuning telur adalah lebih selamat untuk bayi.

 

2. MADU

madu

Kita sedia maklum bahawa madu diguna pakai sebagai penawar untuk pelbagai penyakit sejak sekian lama.

Namun, anda perlu berhati-hati dan mengelak daripada memberinya kepada bayi kerana bekalan madu yang tidak bersih dikhuatiri mengandungi kuman Clostridium botulinum. Walaupun tidak berbahaya kepada orang dewasa, kuman ini boleh menyebabkan keracunan terhadap usus bayi yang tidak matang.

Benar, keadaan ini sangat jarang berlaku, tetapi kesannya sangat merbahaya hingga boleh menyebabkan maut.

 

3. KACANG

Kacang bukan saja tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana saiz dan teksturnya yang keras, tetapi juga kerana ia merupakan salah satu makanan yang paling mudah menimbulkan alahan.

Antara simptom atau reaksi yang boleh terjadi termasuklah ruam, bengkak pada bibir dan muka, kegatalan pada mata, selsema, dan ada juga yang lebih serius sehingga muka bayi menjadi biru akibat kesukaran bernafas.

4. MAKANAN LAUT

Walaupun kaya dengan sumber protein, makanan laut tidak sesuai diberikan sebagai makanan bayi. Merujuk kepada doktor paediatrik, Dr Greene, makanan ini mengandungi kandungan merkuri yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan ikan adalah selamat untuk dimakan oleh bayi kecuali beberapa jenis yang mengandungi merkuri seperti mackerel dan tuna. Tapi pastikan anda telah mengasingkan tulangnya dengan teliti.

 

5. JUS BUAH-BUAHAN SITRUS

rsz_7882909-ginger-tea-with-peppermint-and-fresh-lemon-stock-photo

Buah-buahan sangat baik untuk melengkapkan nutrisi serta melancarkan sistem usus bayi.

Namun, terlalu banyak buah-buahan sitrus seperti limau, oren dan lemon dapat membahayakan bayi kerana ianya tinggi kandungan asid.

 

6. MAKANAN DIET

diet-mengandung-hamil-jaga-pemakanan

Menurut doktorbudak.com, semua jenis makanan ‘rendah lemak’, ‘rendah kalori’, dan ‘tinggi fiber’ tidak sesuai dijadikan makanan bayi.

Ini kerana, menurut Dr Pravin Vasanthan, bayi memerlukan tenaga yang tinggi untuk tumbesaran dan memerlukan makanan yang berlemak, dengan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi.

 

PERKENALKAN MAKANAN BAYI SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Apa pun makanan yang pertama kali diberikan kepada bayi, pastikan anda memberinya dalam kuantiti kecil terlebih dahulu.

Jika tidak menimbulkan sebarang reaksi, anda bolehlah meneruskan pemberiannya seperti biasa.

Contoh penyediaan makanan lengkap boleh dirujuk pada buku merah yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Versi PDF boleh dirujuk melalui pautan ini: http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/GPBaby.pdf

 

Sumber : https://siraplimau.com/makanan-bayi-yang-perlu-dielakkan/

The post Selain ‘Junk Food’, Jangan Suap Bayi Anda Dengan 6 Makanan Ini appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Keistimewaan Susu Kambing Dan Khasiatnya Sebagai Supplement

Susu kambing segar rasanya sedap, sedikit manis dan berlemak. Susu kambing yang segar dan baru diperah tidak berbau. Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

Saya ada pengalaman sedikit dengan susu kambing, di mana budak yang terkena demam kuning boleh cepat sembuh jika diberi minum susu kambing segar. Ikut aturan yang disarankan. Insyaa Allah anak-anak anda yang terkena demam kuning atau Infant Jaundice boleh kembali normal.

Keistimewaan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser.

Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Oleh sebab itu kita semua pun tahu bahawa minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur.

Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi.

 

Pernah saya terbaca ada yang bertanya walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dengan 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali bukan asidik
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
  • Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  • Memulihkan tenaga batin dan awet muda

Oleh sebab itu, susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

  • Penyakit deman kuning
  • Penyakit lemah jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  • Penyakit batuk kering atau TB
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertetis
  • Ulser perut, senggugut
  • Menambahkan selera makan bagi kanak-kanak
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  • Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur).
  • Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur).
  • Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya.
  • Yang menyembuhkan kita itu Allah. Susu kambing ini cuma usaha kita untuk sihat.

Kelebihan Susu Kambing

  • Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Artikel susu kambing ini adalah sebagai bacaan tambahan saya dalam mempraktikkan pemakanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Mengikut sunnah kan bagus, lagipun meminum susu kambing bagus untuk kesihatan.

 

Sumber : http://www.aynorablogs.com/2015/05/keistimewaan-susu-kambing-dan.html

The post Keistimewaan Susu Kambing Dan Khasiatnya Sebagai Supplement appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Lihat Bagaimana Doktor Berbangsa Cina Sambut Kelahiran Bayi Muslim. Kami Respek!

lahir-baby-1200x631

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Nor Arifah Japar

Hari ini kami ingin berkongsi satu kisah yang menimbulkan rasa respek terhadap seorang doktor lelaki berbangsa Cina ketika mengendalikan kelahiran seorang bayi pesakit Muslim. Walaupun bukan beragama islam, sikap doktor ini mampu beri ketenangan bukan sahaja kepada pesakit, bahkan juga kepada semua pekerja dan jururawat yang sedang bertugas. Jom baca bagaimana doktor ini mengendalikan pesakit muslim ketika proses bersalin.

screen-shot-2016-07-26-at-3-01-44-pm screen-shot-2016-07-26-at-3-01-57-pm