Lek Lu

Tuesday 23 August 2016

4 Minuman Yang Tidak Harus Anda Ambil Sebelum Senaman

Berhidrasi dengan cara yang tepat sebelum bersenam membantu otot-otot pada tubuh anda untuk beroperasi dengan lebih baik.

Apabila tubuh anda mengalami dehidrasi, tubuh anda tidak akan mempunyai kuasa otot yang sempurna, ketepatan dan keseimbangan yang diperlukan untuk mempersiapkan senaman yang lebih baik.

Namun apa yang anda ambil sebelum anda bersenam menentukan adakah anda berjaya atau tidak. Jadi pastikan anda mengambil minuman yang bersesuaian untuk senaman anda.

Di sini ada beberapa perkara anda tidak patut ambil sebelum memulakan sedikit senaman.

minuman tenaga susu

1. Minuman Tenaga Berasaskan Susu

Simpan segala minuman berasaskan tenusu selepas waktu bersenam.

Minuman tenusu lebih sesuai untuk diambil selepas sesuatu senaman dan bukannya sebelum ataupun di antara waktu senaman.

Ini kerana susu memiliki bahan-bahan protein, karbohidrat dan lemak yang sukar untuk dihadamkan. Anda boleh beralih pada protein whey yang diadun dengan air yang ditapis. Anda boleh mendapat manfaat daripada protein tanpa lemak berbanding dengan masa yang lama untuk menghadam dengan bahan tenusu.

jus buah manis

2. Minuman Buah-buahan Bergula

Kebanyakan daripada minuman buah-buahan dipenuhi dengan sirap fruktosa berasaskan jagung yang berkadar tinggi. Ia adalah pemanis yang telah ditunjukkan boleh menyebabkan hati yang tidak berfungsi, sindrom metabolisma dan obesiti.

Sebaliknya, tambahkan perasa di dalam minuman anda dengan menggunakan buah-buahan sitrus segar, buah beri, daun pudina dan basil.

alkohol

3. Minuman Beralkohol

Jangan sesekali mengambil minuman beralkohol beberapa jam sebelum anda ke gimnasium kerana ia akan merosakkan rutin senaman anda.

Alkohol boleh menyebabkan penyahhidratan, keradangan dan boleh memberi kesan negatif kepada keseimbangan dan kebolehan membuat keputusan. Tidak begitu ideal apabila anda ingin memulakan senaman mengangkat beban.

minuman berkarbonat

4. Minuman Berkarbonat

Minuman soda dan berkarbonat boleh menyebabkan anda mengalami rasa kembung pada perut anda, kesakitan pada perut dan gas. Ia juga mempunyai jumlah sodium yang amat ketara yang boleh menarik air keluar dari sel-sel tubuh dan mengakibatkan dehidrasi.

Sebaliknya, tinggalkan soda dan beralih kepada minuman teh hijau yang sejuk. Ia tinggi dengan anti-oksida semulajadi dan ia boleh membantu mengurangkan risiko jenis penyakit kanser.

The post 4 Minuman Yang Tidak Harus Anda Ambil Sebelum Senaman appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments:
Write comments