Lek Lu

Monday 10 October 2016

Demi Menjamin Masa Depan Keluarga, Lelaki Berusia 31 Tahun Ini Gigih Duduki PT3

Foto – UTUSAN/ROSNI MASRI

Untuk mendapatkan jawatan tetap sebagai pemandu di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), lelaki yang berusia 31 tahun ini menduduki peperiksaan PT3.
Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid, gigih menduduki semula ujian itu selepas gagal sebelum ini demi mencapai impiannya.
“Saya tidak akan berputus asa, malah akan terus berusaha sehingga berjaya mendapat sijil berkenaan memandangkan saya benar-benar menginginkan jawatan tetap itu untuk menjamin masa depan kami sekeluarga,” katanya kepada akhbar Utusan.
Bapa kepada empat orang anak ini mengulangkaji sendiri di rumah dengan bantuan jiran yang juga pelajar tingkatan 3.

No comments:
Write comments