Lek Lu

Wednesday 12 October 2016

Jom Baca Kenapa Nabi Larang Kita Dari Menggunakan Perkataan KALAU..semoga bermanfaat

Jangan guna perkataan KALAU?
assalamualaikum !

Senyuman mampu membuatkan hati yang sebelumnya layu akan kembali mekar berkembang serta diserikan lagi wangi-wangian kebahagiaan. 
oleh itu, 
tersenyumlah ! 

.huhu.

"KALAU KALAU KALAU KALAU"
saya tak ingat bila berlaku. saya merungut kat seorang kawan ni dan dalam rungutan itu terkandung perkataan KALAU..then dia nasihat saya jangan guna perkataan KALAU tak baik, amalan syaitan..
gulppp.. 
baru tahu or lupe? 
kepada kawan saya tu. terima kasih kerna mengingatkan. Semoga Allah merahmatimu
^_^

Kenapa? tak kan lah langsung tak boleh guna perkataan tu? 
saya pun tak tahu. saya search2 then akhirnya jumpa.
ok saya nak kongsikan dimana dan bila kita tak boleh guna KALAU serta dimana dan bila kita boleh guna KALAU.


sumber: Soal jawab agama

Aslmkm,
Saya terdengar dari seorang Ustazah yang menyatakan perkataan “kalau” boleh digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Dan saya juga difahamkan sebelum ini perkataan “kalau” langsung tidak boleh digunakan.
Jadi persoalan saya adalah, bilaka kita boleh menggunakan perkataan “kalau”?
jawapan:

بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”

kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan?

kerana:

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.

2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.


Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.

-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

oh baru saya paham. 
maafkan hambamu ini Ya Allah atas kejahilan diriku sendiri.
permudahkanlah daku mempelajari ilmuMu yang sangat luas ini

semoga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang mengaku, tahu dan amalkan ajaran Islam

P/S untuk diri saya yang selalu lupa  : jangan ngaku je, kena ambil tahu dan tahu serta amalkan apa yang kita tahu. 
semoga Allah redha.
^_^


No comments:
Write comments