Lek Lu

Saturday 8 October 2016

5 Cara Mudah Putihkan Kuku Anda

screen-shot-2016-10-04-at-12-02-11-pm_1-1

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Warta Kota.

Keluhan pasti terjadi bila kuku bewarna kuning dah kelihatan tidak sihat. Tanpa kita sedar kesihatan kuku mudah terjejas dan dijangkiti kuman. Memiliki kuku yang sihat pasti sering berlegar di minta anda lebih – lebih lagi apabila  kuku antara salah satu bahagian tubuh badan yang sering dilihat.

Ini antara cara mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih.

1. Lemon

Bukan sahaj baik untuk kulit, lemon juga ternyata berfungsi untuk mencerahkan kuku. Sapukan jus lemon pada kuku anda lalu biarkan sehingga 7- 10 minit kemudian bersihkan dengan air suam. Proses ini mampu menyebabkan kekeringan kulit jadi pastikan anda menggunakan losyen selepas gunakakan kaedah ini.

2. Soda

Campurkan 1 sudu jus lemon dan 3 sudu baking soda sehingga rata dan kemudian gosok lembut selama 5 minit lalu bilas dengan air suam.

3. Garam Laut

Rendam kuku anda dengan air suam yang dicampurkan bersama garam laut selama 10 – 15 minit. Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menggunakan berus gigi untuk menghilangkan kesan dan kotoran degil.

4. Cuka Putih

Campurkan 250 ml air suam bersama cuka dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika dan kemudian rendam dan gosoj kuku anda lebih kurang dalam 10 minit. Bilas dan jangan lupa untuk gunakan losyen selepas menggunakan teknik ini.

5. Ubat Gigi

Sapukan ubat gigi pada kuku anda dan biarkan selama 10 minit kemudian berus menggunakan berus gigi. Ubat gigi mengandungi agen pemutih yang mampu memutihkan gigi mahupun kuku anda.

No comments:
Write comments